::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Cerpen : 10 Days With Miss Annoying

Go down

Cerpen : 10 Days With Miss Annoying Empty Cerpen : 10 Days With Miss Annoying

Post by Apai Fri 15 Jul 2011, 3:46 pm

Oleh : Wild Cherry
“Okay pelajar memandangkan tak lama lagi cuti mid term, pembentangan untuk kali ni saya nak awak jalankan kajian luar dalam kumpulan. Satu kumpulan dua orang.” Puan Hasmiza memberi taklimat terakhir sebelum kelasnya tamat.

“Di tangan saya ada 30 keping kad yang bertulis nombor dari nombor 1 hingga 15. Setiap kad mempunyai dua nombor yang sama. Orang yang dapat nombor yang sama merupakan ahli kumpulan.” Terangnya lagi sambil mengedarkan kad kepada 30 orang pelajarnya.

“Nombor yang saya sebutkan sila datang ke hadapan untuk mengambil tajuk pembentangan ya.”

Semua pelajar yang mengambil kursus Geografi membelek-belek kad yang diterima. Satu persatu nombor dilaungkan. Apabila tiba nombor yang terakhir iaitu 15, empat orang pelajar lelaki mula bersorak apabila Adham Rafique dan Syaza Imani bergerak ke hadapan. Puan Hasmiza yang tidak tahan mendengar teriakan pelajarnya mula bersuara.

“Stop it pelajar!! Awak ingat ni Zoo Negara ke? Kalau teringin sangat nak jadi beruk, pergi isi borang ganti tempat beruk kat Zoo tu!” Lantang suara Puan Hasmiza.. Pelajar lain tak berani bersuara.

“Erk Puan, kalau beruk yang ganti tempat kami, pandai ke dia buat assignment?” Dasuki menyoal lurus. Pecah ketawa semua pelajar termasuk Puan Hasmiza yang dari tadi buat muka singa.

“MasyaAllah awak ni Dasuki..Takkan lah saya nak mengajar beruk pulak. Haish awak ni, saya main-main awak anggap serius pulak.” Puan Hasmiza menekan-nekan perutnya yang senak akibat ketawa berlebihan.

“Owh Puan bergurau je ke, saya ingatkan betul-betul sebab muka Puan serius amat. Aduh!!” Dasuki menggosok kepalanya yang diluku oleh Balan.

“Dey Dasuki!! Kalau kau ganti tempat beruk gerenti beruk tu buli kau punyalah… Sebab kau tu lurus sangat.” Ruang bilik itu digamatkan lagi dengan suara gelak ketawa pelajar. Dasuki hanya menjegilkan matanya ke arah Balan tanda dia geram dengan kata-kata Balan.

“Okay cukup semua, kita dah banyak gelak hari ni.” Semua pelajar mulai diam.

“Kelas untuk esok dibatalkan. So saya nak kamu discuss pasal assignment ni dengan pasangan masing-masing.Kita akan bentangkan sebaik sahaja kelas bermula. Hati-hati semasa menjalankan kajian luar dan selamat bercuti.” Puan Hasmiza terus berlalu selepas memberi amanat terakhir.

@@@@@

“Anei roti canai banjir lima, teh tarik lima!!” Fallah membuat pesanan untuknya serta kawan-kawannya.

“Wokey siap!!” Balas mamak di restoran Syed.

“Fullamak Am!! Kau dapat satu group dengan minah annoying tu…” Farid menepuk kuat belakang badan Adham Rafique.

“Aduh!!” Adham Rafique menyeringai kesakitan. “Kau ni kan, kalau jatuh jantung aku….”

“Kau wassalam la sebab jantung kau dah tak de dalam badan.” Celah Farid.

“Amboi, baik punya cabul mulut kau.. Kalau aku wassalam, malam-malam aku jadi hantu aku cekik-cekik kau.” Adham Rafique buat gaya mahu mencekik leher Farid.

“Okey okey ampun, aku tak buat lagi.” Adham Rafique menghentikan perbuatannya bila Farid beria-ia merayu.

“Tahu takut…” Desis Adham Rafique.

“Eh betul apa yang Farid cakap tu. Kita orang pun terkejut juga bila kau tiba-tiba berjalan seiring dengan Syaza tu.” Dasuki mengeyakan kata-kata Farid.

“Minta simpang malaikat empat puluh empatlah kalau dia yang jadi partner aku. Tak rela aku nak melayan kerenah dia yang mengada-ngada tu. Dah lah perasan cantik, perangai pulak tak semenggah.” Kutuk Fallah.

“Kau orang jangan kutuk dia lebih-lebih, nanti free je dia dapat pahala. Assignment kali ni dia satu group dengan aku, mana la tau next assignment dia satu group dengan salah seorang daripada korang pulak.. Masa tu menangis air mata darah sekali pun belum tentu Puan Hasmiza nak tukarkan korang ke group lain.” Ujar Adham Rafique.

“Tajuk apa yang kau orang dapat? Aku dapat tajuk pelancongan. Nampaknya balik kampung la aku.” Muka Adham Rafique berseri-seri memberitahu tajuk kajian yang dia dapat.

“Aku kena buat kajian pasal kawasan hutan.” Kata Farid

“Aku kena buat kajian pasal air sungai.” Kata Dasuki.

Aku pulak kena buat kajian pasal kegiatan pertanian.” Fallah bersuara.

“Aku kena pergi kawasan sekolah, buat kajian tentang kelembapan di kawasan sekolah.” Ujar Balan pila.

“Wow menarik juga tajuk yang kau orang dapat ek. Tak sabarnya aku nak jalankan tugasan tu.” Adham Rafique teruja.

“Tak sabar nak jalankan tugasan ke, tak sabar nak berdua-duaan dengan Syaza?” Serkap Balan

“Apa punya kotor fikiran kau ni. Tak de maknanya aku tak sabar nak berdua-duaan dengan dia tu. Aku tak sabar nak jumpa atuk dengan nenek aku ada la. Si Syaza tu kau ingat dia nak pandang ke orang macam aku ni? Aku bukannya kaya pun.” Adham Rafique membetulkan tanggapan Balan.

“Ok sorry.. Roti canai pun dah sampai, jom kita makan.” Balan meredakan keadaan.

@@@@@

Suasana kafe di kolej riuh dengan suara para pelajar. Ada yang berbual-bual kosong dan ada yang sedang mengisi perut. Begitu juga dengan Adham Rafique, dia sedang menjamah nasi campur sambil menunggu kehadiran Syaza Imani untuk membincangkan tentang assignment yang bakal mereka laksanakan bersama. 15 minit kemudian kelibat Syaza Imani muncul di kafe.

“Makan?” Pelawa Adham Rafique.

“No thanks. I kenyang lagi.” Syaza Imani bersuara angkuh. “Cepatlah kita discuss I ada hal lepas ni.” Desak Syaza Imani.

“Kau nampakkan aku tengah makan. Tunggulah aku habis makan dulu. Kalau aku tercekik masa discuss macam mana!?” Keras suara Adham Rafique. Syaza Imani hanya mendengus.

Sebenarnya Adham Rafique tidak berapa menyukai perangai Syaza Imani yang mengada-ngada. Cara berpakaiannya pula terlalu up to date. Pakaiannya mestilah berjenama, bab makan pula, gerai di kaki lima langsung tak dipandang. Nak kata anak orang berada, tiada pula gelaran Dato’ atau Tan Sri di pangkal nama ayahnya.

Dia juga seorang yang memilih kawan. Hanya anak orang berada sahaja yang layak menjadi kawannya. Kalau ada yang ingin menjadi kawannya, orang itu akan di interview dahulu sebelum disahkan menjadi kawannya. Ceh macam polis la pulak minah ni nak interview segala bagai.

“Errrk!!! Alhamdulillah..” Adham Rafique sendawa kuat. Syaza Imani yang sedang menggentel telefon bimbitnya, terkejut.

“Tak senonoh betul la you ni!” Marah Syaza Iman.

“Aiii aku sendawa pun salah ke?”

“Lain kali sendawa slow slow. Terkejut I tau.” Syaza Imani mendengus. Adham Rafique mencebik.

“Aku nak mintak tolong sikit boleh tak? Tanya Adham Rafique.

“What?” Soal Syaza Imani kasar.

“Boleh tak kau tolong berhenti guna I you dengan aku? Gatal je telinga aku ni mendengarnya.” Adham Rafique menggoncang cuping telinganya.

“Ok fine. Cepat la kita discuss aku ada hal lepas ni.” Syaza Imani bengang. Adham Rafique tersenyum sinis.

“Lusa dah start cuti sem. Aku rasa projek ni kita jalankan kat kampung aku je.” Putus Adham Rafique.

“What!!! Kampung kau?

“Yup!!”

Tak nak lah!!”

“Berikan sebab kenapa kau tak nak ikut aku balik kampung.” Serius muka Adham Rafique.

“Errk…” Tergagap-gagap Syaza Imani nak menjawab. “Sebabnya…… Kat kampung banyak nyamuk, panas dan…. Aaa….Aaa..Haa!! ada pacat. Sebab tu aku tak nak ikut kau balik kampung.”

“Habis tu macam mana kita nak buat projek tu kalau kau tak nak ikut aku?” Bentak Adham Rafique.

“Aku ada cadangan baik punya. Apa kata kau sorang je balik kampung dan jalankan projek tu.” Syaza Imani mengangkat-angkat keningnya.

“Hmm… Kau pulak buat apa?” Adham Rafique mengusap dagunya.

“Aku? Aku duduk kat KL la.Bnyak aktiviti yang aku nak buat. Shopping, nak buat rambut, buat pedicure and manicure.” Berseri-seri muka Syaza Imani apabila menceritakan aktiviti yang akan dilakukan. Siap pejam-pejam mata lagi.

“Banyak cun muka kau!!”

“Memang aku cun pun” Slumber Syaza Imani menjawab.

“Hohoho aku penat-penat buat buat kerja, kau yang dapat markah ek. Ini tak adil!! Aku tak peduli kau kena ikut jugak aku balik kampung lusa ni.” Putus Adham rafique.

“Kalau aku tak nak?” Cabar Syaza Imani.

“Kalau kau tak nak….” Adham Rafique mula berfikir sesuatu untuk mengugut Syaza Imani. “Kalau kau tak nak aku bocorkan rahsia kau.” Ugut Adham Rafique.

“Apa yang kau merepek ni hah?”

“Kau ingat aku tak tahu…” Adham Rafique mula bermain tarik tali.

“Tahu apa ni?” Belum sempat Adham Rafique meneruskan kata-katanya, telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello… Ok kau tunggu, aku datang kejap lagi.” Selepas mematikan talian, Adham Rafique terus berdiri.

“Kalau kau nak tau, esok tepat pukul 1 kau tunggu aku kat restoran Syed.” Kata Adham Rafique.

“Apa class makan kat restoran mamak..” Sempat lagi dia merungut.

“Kalau kau tak datang aku bocorkan rahsia kau. Aku chow dulu.” Berkerut-kerut dahi Syaza Imani memikirkan ugutan Adham Rafique.

@@@@@

HARI PERTAMA

Masam wajah Syaza Imani. Ketika ini dia berada dalam kereta Adham Rafique untuk pulang ke kampung halaman lelaki itu. Syaza Imani menghalakan pandangannya ke luar tingkap. Ingatannya kembali terlayar pada kisah petang semalam.

Syaza Imani duduk serba tak kena di restoran Syed. Semalaman dia tak boleh tidur memikirkan apa yang diketahui oleh Adham rafique.

“Hish!!! Mana dia ni!! Janji pukul 1.” Sungutnya. Setengah jam kemudian barulah Adham Rafique sampai.

“Sorry aku lambat sikit. Ada hal jap tadi.” Bohong Adham Rafique. Sengaja dia lambat datang.

“Lambat sikit kau kata? Badan aku ni dah macam udang kena bakar kau tau!! Cepat la cakap!!” Marah Syaza Imani.

“Wohoho relax dulu… Bagi aku hilangkan dahaga dulu..” Ujar Adham Rafique. “Anei, Limau ais satu.” Ordernya.

Beberapa minit kemudian minuman yang dipesan sampai. Dia menyedut perlahan-lahan minumannya. Syaza Imani pula buat muka tak puas hati bila Adham Rafique seperti sengaja lambat menghabiskan minumannya.

5 minit…. 10 minit…. 15 minit… Akhirnya habis juga air dalam gelas. Dia kemudiannya berdehem.

“Kau nak ikut aku balik kampung ke tak?” Soalan lain yang diutarakan.

“Bagi tahu dulu apa rahsia aku yang kau tahu?” Adham Rafique tersenyum seketika.

“Aku tahu kau sebenarnya….”

“Sebenarnya apa?” Potong Syaza Imani.

“Uiit tak sabar nampak…” Adham Rafique tersengih.

“Kau jangan nak buang masa aku la. Ke kau tipu aku? Ye la aku ni kan cantik, ahli kumpulan Glamour Girls, anak orang berada pulak tu. Entah-entah kau gunakan cara ni untuk ajak aku dating kan? Mengaku je la.” Nak termuntah Adham Rafique mendengar telahan Syaza Imani.

“Excuse me!!! Tolong jangan perasan boleh tak? Tak de maknanya aku nak mengorat kau la. Ok biar aku berterus terang… Sebenarnya aku tahu status kau.” Syaza Imani pelik.

“What do you mean?”

“Status kau la… Kau tu bukan anak orang berada, ayah kau pulak just pemandu je. Tak ada gelaran Dato’ or Tan Sri di pangkal nama ayah kau. And kau bukan tinggal di banglo mewah seperti yang kau canangkan kat kolej tapi kau tinggal kat rumah flat.” Terang Adham Rafique panjang lebar. Berpeluh-peluh muka Syaza Imani mendengar kata-kata lelaki itu.

Oh my God macam mana dia boleh tahu!! Matilah aku.Desis hati Syaza Imani.

“Mana kau tau semua ni?” Soalnya gugup.

“Aku ternampak kelibat kau masa aku hantar kawan aku kat kawasan flat yang kau lalu tu. Aku pun tanya kawan aku pasal kau and dia yang cerita kat aku pasal latar belakang kau,” Merah muka Syaza Imani.

“So, apa keputusan kau sekarang? Nak ikut aku atau aku bocorkan rahsia kau?” Sempat lagi lelaki itu mengugut.

“Ok aku setuju.” Putus Syaza Imani. Adham Rafique tersenyum kemenangan..

“Tapi… Aku tak nak tengok kau pakai pakaian macam ni. Macam baju kanak-kanak je.. Kat pasar malam tu berlambak baju yang free size, double XL pun ada… Beli je mana kau berkenan. Kau pakai macam ni boleh pengsan nenek dengan atuk aku nanti.” Syaza Imani bengang. Dia menilik pakaiannya, hanya jean ketat dan t-shirt sendat berlengan tiga suku.

“Hello!!! Dah sampai ke mana tu?” Adham Rafique melambai-lambaikan tangannya ke hadapan muka Syaza Imani. Pecah terus lamunannya.

“Kita kat mana ni?”

“R&R Sungai Perak. Kita solat dulu and then kita makan.” Jelas Adham Rafique.

Tanpa membuang masa, mereka bergerak ke surau yang disediakan. 15 minit kemudian Adham Rafique sudah menunggu Syaza Imani di luar. Setelah gadis itu sampai mereka bergerak ke medan selera.

“Kau nak makan apa? Biar aku order.” Soal Adham Rafique.

“Hmm… Aku nak wastern food.” Terkejut Adham Rafique mendengarnya.

“Kau ingat ni restoran mewah! Dah la makan je apa yang aku order.” Putus lelaki itu sambil berlalu.

“Tadi dia yang beria-ia tanya.” Sungut Syaza Imani.

20 minit kemudian Adham rafique sampai ke meja dengan menatang dulang yang berisi 2 pinggan nasi ayam dan 2 gelas air bandung. Syaza Imani mengerutkan dahinya melihat makanan yang dibawa.

Dah la hari-hari aku makan nasi ayam, ni dia order pulak nasi ayam. Naik jemu aku menengoknya, sungut Syaza Imani dalam hati.

“Asal kau tak makan?” Soalnya pelik melihat Syaza Imani hanya memandang sahaja nasi ayam tu.

“Aku tak de selera nak makan.”

“Kalau kau tak nak, jap lagi aku habiskan.” Ujar Adham Rafique sambil meneruskan suapannya. Terliur Syaza Imani melihat Adham Rafique menggigit isi ayam. Bila lelaki itu mahu mengambil nasi milik Syaza Imani, gadis itu cepat-cepat menepis lalu mula menyuap nasi itu ke mulutnya. Tergeleng kepala Adham Rafique melihatnya.

Selelai makan mereka meneruskan perjalanan semula.

@@@@@

“Assalamualaikum atuk, nenek.” Adham Rafique memberi salam dan berjalan ke arah tok Wan dan nek Jah yang sedang minum petang di beranda.

“Waalaikumussalam” Jawab mereka serentak. “Meh naik atas kita minum sekali. Eh siapa pula yang kau bawa tu Am?” Nek Jah bertanya. Adham Rafique menoleh ke arah Syaza Imani lalu menceritakan tujuan dia membawa kawannya ke situ.

“Syaza ni orang mana? Ayah dan maknya kerja apa?” Nek Jah menyoal ramah.

“Saya asal Kuala Lumpur nek. Mak suri rumah, ayah pula pemandu.” Jujur Syaza Imani menjelaskan. Tok Wan dan nek Jah mengangguk mendengarnya. Selesai minum petang, Tok Wan mengajak mereka masuk kerana sebentar lagi waktu Maghrib akan tiba.

Malam itu Syaza Imani tidak dapat melelapkan matanya kerana di bilik itu banyak nyamuk. Dia mula menepuk-tampar lengannya yang digigit nyamuk. Hilang konsenterasi Adham Rafique yang sedang menonton televisyen bila mendengar bunyi itu.

Dia bergerak ke dapur untuk mencari sesuatu. Apabila jumpa benda yang dicari, dia segera memasangnya. Setelah selesai dia bergerak ke bilik Syaza Imani. Gadis itu bangkit dari pembaringannya bila mendengar pintu biliknya diketuk. Terbeliak matanya melihat benda yang dibawa lelaki itu.

“Ya ALLAH kau nak buat apa dengan benda ni?” Soalnya yang terkejut beruk. Adham Rafique tersengih.

“Untuk selesaikan masalah kau la. Nah kau ambil benda ni and then tidur senyap-senyap.” Adham Rafique menghulurkan ubat nyamuk yang telah siap dibakar ke arah gadis itu.

“Asal kau bakar sampai lima? Satu pun dah cukup tau.” Rungut Syaza Imani.

“Kalau satu tak berkesan. Lima baru ummph.” Itu yang dibalasnya. Bengang Syaza Imani mendengarnya. Dia merentap pinggan yang berisi lima keping ubat nyamuk dan menutup pintu bilik kasar. Adham Rafique pula tergelak terbahak-bahak melihat memek muka gadis itu.

“Bunyi apa tu Am?” Jerit tok Wan dari dalam bilik. Terjaga dia dari tidur bila mendengar suara Adham Rafique ketawa.

Adham Rafique menutup mulutnya dengan tangan. “Tak de pape tok. Drama kat tv ni kelakar.” Kemudian dia meneruskan tontonannya dengan aman.

@@@@@

HARI KEDUA

Syaza Imani sedang nyenyak tidur ketika pintu biliknya diketuk. Dia menggeliat semahunya sebelum melangkah menuju ke pintu.

“Hmm nak apa?” Soalnya kepada Adham Rafique.

“Cepat pergi mandi. Kejap lagi dah nak masuk waktu Subuh.” Syaza Imani menilik jam di ruang tamu.

“Baru pukul 5. nanti pukul 6 aku mandi la” Ujarnya sambil menutup pintu. Adham Rafique sempat menahan pintu itu.

“No way. Sekarang juga kau kena mandi. Kami nak berjemaah kat surau hari ni. Cepat pergi mandi.” Arahnya. Syaza Imani menghentak kakinya. Kemudian dia mengambil tuala dan pakaiannya lalu merempuh Adham Rafique yang masih lagi berdiri di luar pintu.

Setelah lengkap bertelekung dia keluar dari bilik. Di ruang tamu tok Wan nek Jah dan Adham Rafique telah sedia menanti.

“Sejuklah mandi pagi-pagi. Kat rumah tu tak de shower heater ke?” Soal Syaza Imani kepada Adham Rafique ketika mereka dalam perjalanan ke surau. Tok Wan dan nek Jah sudah berjalan ke depan meninggalkan mereka.

“Ada.” Teruja gadis itu mendengar jawapan Adham Rafique.

“Apasal kau tak cakap awal-awal?”

“Dah kau tak minta.”

“Esok bagi aku tau. Syoknya… Tak payahlah aku mandi air yang sejuk macam ais batu tu lagi.”

“Ok. Tapi benda tu tak pakai elektrik tau.”

“Habis tu pakai apa? Soalnya pelik.

“Cara nak pakainya kau kena isi air dan jerang atas api. Bila dah berbunyi baru kau ambil and then mandi tanpa campur dengan air sejuk. Gerenti kau dah tak menggigil lagi.” Tersengih Adham Rafique menerangkan cara menggunakan shower heater yang ada di rumah neneknya.

Syaza Imani mula pelik. “Kalau dah kena isi air and jerang atas api tu bukan air panas yang nak buat air tu ke?” Soalnya.

“Yang tu la.” Tersengih lagi.

Terjegil mata Syaza Imani. “Itu bukan tak menggigil!! Kalau aku mandi boleh melecur badan aku tau. Haish menyampah betul cakap dengan kau ni.” Terus Syaza Imani berjalan laju ke depan meninggalkan lelaki itu.

“Kalau dah tau menyampah lain kali jangan tanya soalan yang pelik-pelik.” Laung Adham Rafique. Kemudian dia tergelak.

@@@@@

Ketika Adham Rafique ingin ke bendang, Syaza Imani sibuk nak mengikut.

“Kau tak geli ke main lumpur ni?” Soal Adham Rafique pelik.

Kalau dekat KL bukan main jijik lagi bila dia terpijak lecak, gerutu hati Adham Rafique. Gadis itu menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan Adham Rafique.

Pelik bin ajaib, Gumam hati Adham Rafique.

Sedang mereka leka menangkap ikan di dalam bendang, Syaza Imani merasakan seperti ada benda yang terlekat di kakinya. Dia mengangkat sedikit kaki seluar track bottom. Dia terjerit kuat.

Adham Rafique segera mendapatkan Syaza Imani bila mendengar gadis itu menjerit seperti orang histeria. Tergelak sakan dia bila melihat tiga ekor pacat sedang enak landing di betis Syaza Imani.

“Wei tolonglah buangkan aku geli lah.” Rayunya sambil menggigil ketakutan. Adham Rafique memandang sekeliling bendang seperti mencari sesuatu.

Matanya terlekat pada kelibat Pak Din yang sedang menggulung rokok daun. Dia mula berjalan ke arah Pak Din tanpa menghiraukan panggilan Syaza Imani.

“Assalamualaikum Pak Din.”

“Waalaikumussalam Am.” Jawab Pak Din.

“Saya nak minta sikit tembakau dengan air mineral ni boleh tak Pak Din?” Minta Adham Rafique

“Kamu merokok ke Am? Sebelum ni Pak Din tak pernah nampak pun kamu merokok? Soal Pak Din

“Tak de la Pak Din. Kawan saya tu kena Panjat dengan pacat.”

“Owh. Nah ambillah. Pergi cepat..” Pak Din menghulurkan tembakau dengan air mineral kepada Adham Rafique.

“Terima kasih Pak Din” Ucapnya sambil berlari semula ke arah Syaza Imani yang masih lagi terpacak di tangah bendang dengan badan yang masih menggigil dan muka yang pucat.

Adham Rafique membuka penutup air mineral lalu mencurahkannya ke atas tembakau. Syaza Imani pelik melihat perbuatan lelaki itu.

“Kau nak buat apa tu? Bukan ke aku suruh kau buang pacat ni. Yang kau pergi main dengan tembakau tu buat apa?” Syaza Imani hilang sabar.

“Tutup mulut kau sebelum aku stapler.” Syaza Imani mendengus.

Tembakau tadi diperah ke atas badan pacat. Sedikit demi sedikit pacat itu mula lemah dan jatuh satu persatu ke dalam lumpur. Syaza Imani mengeluh kelegaan. Dia mengajak Adham Rafique pulang.

Mereka pulang dengan pakaian yang bersalut lumpur bersama lima ekor ikan keli yang berjaya ditangkap.

@@@@@

Makan malam mereka dihidangkan dengan lauk ikan keli berlada, sayur kangkung goreng dan masak lemak pucuk ubi. Tidak lupa juga ulam-ulaman serta sambal belacan. Berselera sungguh Syaza Imani makan malam itu. Tok Wan dan nek Jah senang hati melihat Syaza Imani makan bertambah sehingga tiga pinggan. Berlainan pula dengan Adham Rafique. Dia melihat Syaza Imani makan seperti orang tak makan seminggu. Terangkat sedikit keningnya.

Akibat terlalu banyak makan, malam itu Syaza Imani sakit perut. Berpeluh-peluh mukanya menahan sakit. Dia keluar dari biliknya dan mengetuk pintu bilik Adham Rafique. Dia mahu lelaki itu menemaninya ke tandas yang terletak di luar rumah. Suasana di luar yang gelap menyeramkannya.

“Nak apa ni?” Adham Rafique menguap.

“Teman aku pergi tandas luar. Aku sakit perut ni.”

“Pergi je la sendiri. Ganggu betul la kau ni.”

“Please…. Kat luar tu gelap. Kalau aku kena culik dengan hantu macam mana?” Rayu Syaza Imani.

“Tak de maknanya hantu tu nak culik kau. Mana ada hantu kat sini. Dah la aku nak tidur.” Syaza Imani sempat menahan pintu dari ditutup.

“Ala tolong la..” Rengeknya lagi. Adham Rafique mengaru-garu kepalanya.

“Menyusahkan orang betul la. Tunggu jap aku nak ambil torchlight. Selepas mengambil torchlight mereka bergerak ke pintu dapur dan keluar.

Sementara menunggu Syaza Imani menunaikan tanggungjawabnya, Adham Rafique menyambung tidurnya. Dia duduk di atas batang kayu yang terletak berhampiran pintu tandas lalu memejamkan matanya.

“Am.” Panggil Syaza Imani. Apabila tiada sahutan dia memanggil lagi. “Am.” Tetap tiada sahutan.

Ish dia ni ada kat luar ke tak? Gumam hatinya. Dia mengambil gayung yang berisi air lalu disimbah ke luar.

“Woi apa main simbah-simbah ni!! Nak memerut buat la cara nak memerut. Habis lencun baju aku.” Marah Adham Rafique apabila lenanya terganggu.

Syaza Imani mengeluh kelegaan bila mendengar suara lelaki itu. Dia menyangka Adham Rafique meninggalkannya.

“Hehehe sory.. Siapa suruh kau tak menyahut bila aku panggil. Kan dah kena siram,” Dia tergelak. Adham Rafique mendengus marah. Kemudian dia tersengih.

Setelah selesai membuang apa yang patut, Syaza Imani keluar dari tandas. Dia pelik melihat Adham Rafique tiada di situ. Tertoleh-toleh dia mencari. Bulu romanya ternaik bila terasa ada hembusan di tengkuknya. Dia dah menggigil ketakutan. Suasana malam yang hanya diterangi cahaya bulan dan sayup-sayup kedengaran suara anjing menyalak benar-benar menyeramkannya.

Nak toleh ke tak nak? Nak toleh ke tak nak? Syaza Imani bersoal dalam hati. Dengan perasaan yang takut-takut berani dia perlahan-lahan menoleh ke belakang.

“Arrrrgggghhh” Jerit Syaza Imani apabila melihat lembaga bermata juling di belakangnya. Dia mula membuka langkah seribu. Dia menoleh ke belakang lagi dan melihat lembaga itu turut mengejarnya. Dia melajukan lagi lariannya. Dia menutup kuat pintu sebaik sahaja sampai ke dalam rumah.

Lembaga itu mengaduh bila batang hidungnya terhantuk pada pintu yang ditutup kuat. Dia menggosok batang hidungnya.

“Hish minah ni kunci pintu pulak.. Kena tidur luar la nampaknya.” Keluh lembaga itu.

Rupa-rupanya lembaga itu adalah Adham Rafique. Ketika Syaza Imani sedang mencari-carinya, dia perlahan-lahan berdiri di belakang gadis itu. Ketika Syaza Imani menoleh dia cepat-cepat menghidupkan torchlight dan menyuluh mukanya.

@@@@@

HARI KETIGA

Pintu beranda dibuka nek Jah. Dia pelik melihat ada orang sedang tidur di beranda. Perlahan-lahan dia menghampiri untuk melihat siapakah gerangan orang itu. Terkejut bukan kepalang dia bila mendapati Adham Rafique tidur di situ.

“Am bangun.” Kejutnya. Adham Rafique menggeliat malas.

“Panas sangat ke kat dalam bilik tu sampai tidur kat beranda?” Soal Nek Jah pelik. Adham Rafique menggaru kepalanya yang tak gatal. Kemudian dia menceritakan kejadian yang menyebabkan dia terpaksa tidur di situ.

Tergelak nek Jah selepas mendengar cerita itu. “Patut lah nenek tengok Syaza tidur berbungkus. Takut hantu rupanya.”

Adham Rafique bangkit lalu masuk ke dalam rumah. Sebelum masuk ke biliknya dia singgah ke bilik Syaza Imani. Tergeleng kepalanya melihat Syaza Imani tidur berselubung seperti yang di katakan oleh nek Jah tadi. Kemudian dia berlalu ke biliknya mencapai kain tuala.

“Nek, tok semalam Syaza terjumpa hantu dekat dengan tandas kat luar.” Syaza Imani bersuara ketika mereka sedang bersarapan.

“Hantu? Mana ada hantu kat kampung ni.” Tok Wan yang tidak tahu kisah sebenar, terkejut dengan kata-kata Syaza Imani. Nek Jah dan Adham Rafique pula menahan tawa.

“Ada tok.. Dia siap hembus-hembus lagi tengkuk Syaza ni. Eeiii menyeramkan betul muka dia.”

“Macam mana rupa dia?” Tok Wan mula percaya.

Syaza Imani mula menggali otaknya untuk mengingati wajah hantu itu. “Yang Syaza ingat mata dia juling, muka dia pulak bengis.” Tersembur tawa nek Jah. Tok Wan memandang isterinya pelik.

“Kenapa nenek ketawa? Nenek tak percaya ek?” Syaza menoleh pula ke arah Adham Rafique yang sedang menahan gelak. “Kau pun tak percaya ek? Tak pe, kalau kau tak percaya biar hantu tu kacau kau malam ni.” Rajuk Syaza Imani.

“Dah la tak baik tarik muka masam depan rezeki. Mari makan.” Nek Jah memujuk.

Selesai membasuh pinggan mangkuk Syaza Imani menuju ke pangkin di luar rumah. Dia menarik nafas perlahan-lahan menikmati suasana pagi.

“Best jugak duduk kat kampung ni. Udara segar tak macam kat KL pagi-pagi dah jamm. Hmm kat sini aku tak payah nak menipu. Nenek dengan atuk pun layan aku macam cucu mereka sendiri. Bestnya kalau atuk dengan nenek aku hidup lagi. Mesti dia orang pun macam atuk dan nenek Am” Monolog Syaza Imani.

“Hoi berangankan apa tu!!” Sergah Adham Rafique. Terangkat sedikit bahu gadis itu dek terkejut.

“Kau ni tak boleh bagi salam ke? Hoi-hoi pulak,” Dengus Syaza Imani. Adham Rafique menggaru kepalanya.

“Sorry. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Macam ni la baru betul.” Adham Rafique mengambil tempat di sebelah Syaza Imani.

“Kau pergi mana ha semalam? Puas aku cari.” Syaza Imani mula menyoal.

“Dah kau siram aku sampai lencun aku masuklah rumah tukar baju.” Bohongnya.

“Kan aku cakap aku takut, kau tak boleh ke tunggu aku sudah dulu baru tukar baju?” Geram dia mendengar jawapan Adham Rafique.

“Petang ni aku nak pergi kebun. Kau nak ikut tak?” Dia sengaja menukar topik. Berubah muka Syaza Imani.

“Nak!!! Ada buah apa kat sana?” Soalnya teruja.

“Banyak. Rambutan, Langsat, Durian. Kau tengok sendiri je la nanti,”

Kita pergi sekarang nak?” Syaza Imani tak sabar. Terangkat kening Adham Rafique.

“Sekarang nak buat apa. Petang sikit baru pergi.” Putusnya. Mendung muka Syaza Imani bila permintaannya ditolak.

@@@@@

“Aku panjat kau kutip buah ek,” Putus Adham Rafique. Syaza Imani mengangguk.

Dia mula memanjat pokok Langsat. Setangkai demi setangkai dicampak ke tanah. Syaza Imani pula leka memasukkan buah ke dalam bakul rotan yang dibawa. Dari satu pokok ke satu pokok dipanjat. Secara tak sengaja balingannya tersasar ke atas kepala Syaza Imani. Dia memohon maaf dan Syaza Imani memaafkan.

Sekali lagi balingannya tersasar. Kali ini disengajakan. Adham Rafique ketawa perlahan. Syaza Imani berasa bengang mendengar tawa Adham Rafique.

Amboi-amboi mentang-mentang la dia kat atas, sedap-sedap je dia baling kat kepala aku. Ingat kepala aku ni tanah ke nak baling-baling. Sungutnya dalam hati. Dia berjalan ke arah bakul rotan dan mengambil beberapa biji buah langsat kemudian dia berdiri betul-betul di depan pokok yang sedang dipanjat Adham Rafique. Dia mula membaling langsat ke atas. Terjerit-jerit Adham Rafique di atas pokok. Tersenyum megah Syaza Imani bila dapat membalas dendam.

BUK!! Bunyi sesuatu terjatuh. Syaza Imani cuak.

BUK!! Sekali lagi bunyi itu keluar. Syaza Imani menyuruh Adham Rafique turun.

“Apa nya?” Soalnya sesudah sampai ke tanah.

“Aku dengar bunyi sesuatu.” Adham Rafique mengerutkan dahinya.

BUK!! “Kau dengar tak?” Soal Syaza Imani. Adham Rafique mula memasang telinga.

BUK!! “Dia bunyi lagi. Entah-entah hantu semalam datang balik kot Am. Jom lah kita balik,” Syaza Imani menggigil ketakutan.

BUK!! “Eh nanti.” Dia menahan Syaza Imani dari berlalu. “Aku rasa aku kenal bunyi tu.” Syaza Imani mengangkat kening tanda menyoal. “Tu macam bunyi durian.” Katanya lagi.

“Kau pasti?” Syaza Imani meminta kepastian. Adham Rafique mengangguk.

“Setahu aku la, buah durian kalau dah masak dia akan gugur sendiri. Jom kita pergi tengok,” Ajak Adham Rafique. Syaza Imani berjalan di belakang lelaki itu menuju ke dusun durian.

“Haa kan betul aku cakap. Jom kita kutip durian tu,” Mereka mula mengutip buah durian yang sudah gugur ke tanah.

Selesai mengutip buah mereka mula mengangkut bakul rotan ke dalam van kepunyaan tok Wan dan pulang semula ke rumah.

@@@@@

Syaza Imani, nek Jah dan Adham Rafique sedang mengambil angin malam di beranda sambil makan buah yang mereka ambil tadi. tok Wan pula sedang menonton rancangan kegemarannya iaitu Halaqah.

“Jadi ke kamu nak ke Pangkor esok?” Soal nek Jah. Syaza Imani pula pelik mendengar pertanyaan nek Jah.

“Jadi nek. Lepas Asar kami bertolak la.”

“Kita nak ke Pangkor ke esok?” Syaza Imani tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya.

“Yup. Aku lupa nak bagi tahu kau. Projek kita kan melibatkan pelancongan so, kita akan bermalam di resort pak su aku.” Terangnya.

“Wow bestnya.” Syaza Imani mula membayangkan dia sedang berenang-renang di pantai.

“Esok kau nak beli asam tak? Kalau nak, kita singgah kat kedai runcit sebelum bertolak nanti.” Soal Adham Rafique.

“Nak buat apa beli asam?” Soalnya pelik.

“Aku takut kau mabuk je nanti.”

“Tak perlu la. Aku tak kan mabuk punya.” Dia bercakap besar.

“Okey, Kita tengok je nanti.”

@@@@@

HARI KEEMPAT

Tok Wan dan nek Jah menghantar Adham Rafique dan Syaza Imani ke Jeti Lumut pada petang itu. Kereta Adham Rafique pula di tinggalkan di rumah tok Wan. Dari Jeti Lumut mereka akan menaiki Feri untuk ke Pulau Pangkor. Di Jeti Pulau Pangkor nanti pak su dan mak su nya akan menunggu mereka.

Adham Rafique sedang leka menikmati pemandangan laut apabila deria pendengarannya menangkap bunyi batuk di sebelahnya. Dia memalingkan mukanya ke sisi dan melihat muka Syaza Imani sudah kemerahan dan berpeluh-peluh.

“Kau ni kenapa?” Soalnya ingin tahu.

“Pening.” Sepatah jawabnya sambil memicit-micit kepalanya. Adham Rafique menyeluk poket seluarnya. Botol minyak cap kapak dikeluarkan dan dihulurkan kepada Syaza Imani.

“Tak nak la busuk bau minyak ni.” Tolaknya.

“Suka hati kau la.” Adham Rafique menyimpan semula minyak cap kapak ke dalam poket seluarnya. Dia kembali memandang ke luar tingkap.

Tiba-tiba Syaza Imani berlari laju menuju ke tandas.. Adham Rafique hanya melihat sahaja. Di tandas dia memuntahkan segala isi perutnya. Lemah seluruh tubuhnya. Setelah berkumur dan membasuh muka, dia bergerak semula ke tempat duduknya.

Adham Rafique menghulurkan air mineral kepada Syaza Imani. Gadis itu menyambut lalu meneguk air itu. 20 minit kemudian feri yang mereka naiki telah selamat tiba ke Jeti Pangkor. Orang ramai mula berpusu-pusu turun. Adham Rafique melilaukan matanya dan pandangannya terhenti apabila terlihat seseorang melambaikan tangannya. Dia mengajak Syaza Imani mendekati orang itu.

“Assalamualaikum pak su, mak su,” Adham Rafique menyalami tangan bapa dan mak saudaranya diikuti Syaza Imani.

“Waalaikumussalam.” Jawab pak su dan mak su serentak. Pandangan mak su beralih ke arah Syaza Imani.

“Ni kenapa muka pucat ni, Tak sihat ke?” Soalnya pelik.

“Mabuk laut la mak su. Biasa la orang bandar tak biasa dengan laut,” Jawab Adham Rafique. Syaza Imani hanya mendiamkan diri.

“Dah jom la kita balik. Kesian pula mak su tengok…. Siapa nama kawan Am ni?”

“Syaza” Jawab Syaza Imani lemah.

@@@@@

“Nah kunci bilik.” Serah Pak Su kepada Adham Rafique dan Syaza Imani ketika mereka telah selesai makan.

“Thanks pak su. Kami masuk bilik dulu ek,” Ucap Adham Rafique.

“Ye la. Syaza jangan malu-malu pula ya,” Syaza Imani hanya tersenyum.

Sesampai sahaja di bilik, Syaza Imani merebahkan badannya ke atas katil. Dia mahu memejamkan matanya sebentar.

Bunyi azan dari surau berhampiran telah menyedarkannya. Tangannya teraba-raba mencari suis lampu tidur di sisi katil. Setelah lampu dibuka, barulah terang suasana biliknya. Dia mencapai telefon bimbitnya untuk melihat jam.

“Alamak!!” Syaza Imani bergegas menuju ke bilik mandi dan segera membersihkan dirinya. Selesai membersihkan diri dia segera menunaikan solat Isya’ dan mengqada solat Maghrib. Perangainya mula berubah sejak tinggal bersama tok Wan dan nek Jah. Dia tidak lagi melambat-lambatkan solat. Selesai bersolat dia keluar dari bilik untuk mengisi perut.

@@@@@

HARI KELIMA

“Nah, ni aktiviti kita sepanjang kita berada kat sini.” Adham Rafique senarai aktiviti yang telah dirancangnya. Berubah muka Syaza Imani melihat senarai aktiviti itu.

“Wow bestnya berkayak.” Ujarnya teruja. “Kita berkayak berdua je ke?” Soalnya lagi.

“Ye la. Tak kan kau nak buat pertandingan berkayak pula.”

“Best jugak tu kalau buat pertandingan.” Syaza Imani bersuara ceria. Terjegil mata Adham Rafique.

“No way!! Kita datang sini bukan nak berseeronok ye. Kita ada projek yang perlu disiapkan.” Bantah Adham Rafique.

“Habis tu aktiviti yang kau buat ni untuk apa?” Soalnya sambil menggoyangkan kertas tadi ke muka Adham Rafique.

“Aku buat aktiviti tu untuk hilangkan tension. Tak de la beku otak kita ni kalau asyik menghadap kerja je,” Ujarnya.

“Kalau buat pertandingan pun boleh hilang tension juga. Dapat mengeratkan silaturrahim sesama pelancong.” Bahas Syaza Imani.

“Ececeh kau ni, kat kolej bukan main lagi tunjuk perangai macam polis pencen, kat sini nak beramah mesra pula. Dah jangan nak mengada-ngada. Keputusan aku muktamat, no pertandingan. Titik!!” Putus Adham Rafique. Syaza Imani menarik muncung empat belas.

“Kalau macam tu aku tak nak pergi la.”

“Suka hati kau la. Boleh aku ronda-ronda pulau ni dengan aman. Jangan menyesal ye.” Balas Adham Rafique.

“Tak pun,” Ujarnya sambil berlalu keluar dari kafe untuk ke biliknya.

@@@@@

“Haish boringnya. Padan muka aku. Si Adham ajak pergi berkayak aku sibuk nak adakan pertandingan. Bila dia tak nak, aku merajuk tak nak ikut. Boring!! Boring!! Boring!!” Dia memarahi dirinya.

“Agaknya dia dah pergi ke belum?” Syaza Imani memandang ke arah telefon bilik. “Aku try call dia lah.” Dia segera mengangkat ganggang dan mendail nombor bilik Adham Rafique.

“Hello,” Kedengaran Adham rafique bersuara di hujung talian.

“Erk hello, kau dah pergi ke?” Soalnya tergagap-gagap.

“Kalau aku yang jawab telefon ni mestilah belum pergi lagi.” Jawabnya sarkastik. Syaza Imani menepuk dahinya kerana menyoal soalan bodoh.

“Ada apa kau call ni? Kau dah ubah fikiran ek?” Serkap Adham Rafique.

“Erk yup,” Jawabnya sambil menutup mata. Malu la tu. Adham Rafique tersengih di hujung talian.

Aku dah agak dah, gumam Adham Rafique dalam hati.

“Hmm…. Turunlah aku tunggu kau kat lobi.” Arahnya lalu mematikan talian.

Syaza Imani dah terlompat kesukaan. Dia segera menukar baju dan turun ke ruang lobi. Sesampai sahaja di lobi mereka bergerak ke arah yang menempatkan berbagai jenis kayak. Masing-masing memilih kayak yang memuatkan seorang sahaja. Setelah memakai jaket keselamatan mereka mula menolak kayak ke arah pantai dan mula menaikinya.

Dari satu pulau ke satu pulau mereka pusing. Apabila hari mula beransur petang mereka naik ke darat dan menunggu matahari terbenam.

“Bestkan dapat tengok matahari waktu petang. Nampak cantik sangat. Kau tahu tak aku memang teringin sangat nak tengok matahari terbenam kat tepi pantai?” Ujar Syaza Imani.

“Ye ke? Kalau macam tu tak salah lah aku ajak kau balik kampung kan. Dapat juga realisasikan impian kau,” Syaza Imani tersenyum mendengarnya.

“Eh jom la kita balik bilik. Malam karang nak makan BBQ pula.” Ajak Adham Rafique. Mereka mula berjalan meninggalkan kawasan pantai.

@@@@@

Suasana di tepi pantai riuh dengan suara orang bernyanyi sambil bermain gitar. Syaza Imani sedang duduk di atas batu bersama mak su sambil menanti BBQ yang dibakar oleh Adham Rafique, pak su dan beberapa orang pekerja resort.

Beberapa minit kemudian Adham Rafique datang ke arah Syaza Imani dan mak su sambil menatang dua pinggan yang berisi dua potong ayam, tiga ekor sotong bakar dan tiga ekor udang bakar.

“Terima kasih.” Ucap mak su dan Syaza Imani serentak. Kemudian Mak su dan Syaza Imani mula makan sambil mendengar alunan gitar yang dimainkan oleh pelancong. Manakala Adham Rafique pula menyambung tugasnya iaitu menolong pak su membakar BBQ, udang dan sotong. Udang dan sotong yang dibakar adalah hasil tangkapan nelayan. Majlis itu tamat pada pukul 12 tengah malam.

@@@@@

HARI KEENAM

Tengah hari itu Adham Rafique dan Syaza Imani sibuk berbincang tentang tugasan mereka. Boleh di katakan sepanjang hari itu tiada sebarang aktiviti riadah yang mereka lakukan. Hanya kerja! dan kerja!

Di atas meja yang mereka duduki penuh dengan barang-barang seperti A4 paper, peralatan tulis, kamera digital, dan tak lupa juga komputer riba.

“Kau buat dulu power point. Masukkan apa yang kita bincangkan tadi.” Arah Adham Rafique lalu berdiri mahu meninggalkan Tempat itu.

“Kau nak pergi mana?” Soal Syaza Imani pelik.

“Pergi snap gambar untuk melengkapkan lagi Kita punya projek.” Jawabnya.

“Nak snap gambar guna apa? Kamera kat sini.” Syaza Imani menunjuk ke arah kamera digital yang terletak elok di atas meja yang mereka duduki.

Adham Rafique menepuk dahi atas kecuaiannya. Dia mula berpatah balik lalu mengambil kamera digital itu. Kemudian dia meninggalkan Syaza Imani.

“Balik cepat sikit.” Jerit Syaza Imani lalu menyambung tugasan yang diberikan Adham Rafique.

“Ok” Jawab lelaki itu.

Satu jam kemudian Adham Rafique muncul semula lalu menyerahkan memory card kamera digital kepada Syaza Imani. Syaza Imani menyambutnya lalu memasukkan memory card itu ke dalam komputer riba. Mereka mula memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimasukkan.

Tepat pukul 6 petang, selesai tugasan mereka. Kedua-duanya mula menggeliat keletihan.

“Waaa penatnya!!” Ujar Syaza Imani sambil mengurut-urut tengkuknya.

“Penat-penat pum berbaloi. Sambil menyelam minum air,” Ujar Adham Rafique.

“Betul. Tak rugi aku ikut kau.”

“Eleh hari tu kau juga yang beria tak nak ikut,” Usiknya.

“Itu aku saje je nak tengok kau merayu-rayu kat aku.” Cover Syaza Imani.

“Eceh, ayat tak boleh blah!!” Mereka mula mengemas segala peralatan untuk pulang ke bilik masing-masing.

Malamnya pula Adham Rafique dan Syaza Imani meringankan tulang menolong pak su dan mak su di kafe. Oleh kerana musim cuti sekolah sudah bermula, makin ramai orang yang berkunjung ke resort itu. Tidak menang tangan pekerja-pekerja di situ melayan pelanggan yang makin ramai.

@@@@@

HARI KETUJUH

Telefon bilik Syaza Imani berdering. Dia yang sedang bersiap-siap terus meluru ke tepi katil untuk mengangkat ganggang telefon.

“Hello.” Suara Adham Rafique di hujung talian.

“Hello dah nak pergi ke?” Soal Syaza Imani.

“Aku rasa kita terpaksa batalkan aktiviti hari ni.”

“Kenapa pula? Aku dah siap ni tau!” Syaza Imani tak puas hati.

“Aku tengok cuaca mendung semacam je. Kita postpone hari lain lah ek,”

Mendengar jawapan Adham Rafique, Syaza Imani menghempas ganggang telefon.

“Uii ganas betul perempuan ni.” Komen Adham Rafique sambil menjarakkan ganggang telefon dari telinga.

“Aku tak kira. Penat-penat aku bersiap senang-senang je dia batalkan. Aku nak pergi berenang juga. Apa nak jadi pun jadi lah,” Monolog Syaza Imani. Dia segera keluar dari biliknya .

Selepas setengah jam dia berenang dia naik semula ke darat. Dia membaringkan dirinya ke tanah untuk berehat sebentar. Setengah jam berehat dia turun kembali ke pantai dan mula berenang. Makin lama makin jauh dia berenang. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu benda yang berwarna hitam dan tajam tidak jauh dari tempat dia berenang. Dia mula mengamati benda itu.

Terkejut bukan kepalang dia bila dapat melihat dengan jelas benda tajam dan hitam itu. Segera dia berenang menuju ke darat yang masih jauh lagi. Dia mula terkenangkkan kata-kata Adham Rafique yang mahu membatalkan aktiviti hari ni. Dia mula menyesal menyesal bertindak terburu-buru.

Aku kena kuatkan semangat!! Ya ALLAH panjangkanlah umur aku. Gumamnya dalam hati. Dia menoleh kembali ke belakang. Jerung itu masih lagi mengejarnya. Tercungap-cungap dia melajukan renangannya untuk sampai ke darat.

Setelah berhempas pulas, akhirnya dia sampai juga ke darat. Dia segera berlari dan menoleh kembali ke belakang untuk melihat jerung tadi. Jatuh terduduk dia melihat jerung itu naik ke darat.

“Kau ni saje je nak bagi aku mati kan?” Marah Syaza Imani kepada Adham Rafique.

Adhaam Rafique mula menanggalkan sarung jerung yang tersarung di belakang badannya sambil ketawa terbahak-bahak.

“Padan muka kau. Degil sangat. Aku dah cakap dibatalkan kau pergi juga berenang. Nasib baik hujan tak turun lagi,” Ujar Adham Rafique apabila kketawanya reda.

“Mana kau tahu aku pergi juga?”

“Bukan aku tak kenal perangai kau. Apa yang aku larang kau nak buat. Aku nampak tadi kau berjalan ke arah pantai. Aku pun menyamar lah jadi jerung. Macam mana ada nampak macam jerung tak aku ni?” Dia tergelak lagi.

“Hish menyampah lah kau ni.” Syaza Imani terus berlari menuju ke biliknya. Air matanya mengalir kerana marah dengan perbuatan Adham Rafique yang menakut-nakutkannya.

Terkedu Adham Rafique melihatnya. Dia menggaru kepalanya lalu berjalan pulang ke bilik.

@@@@@

Ketika mahu mengisi perut di kafe, dia ternampak kelibat Syaza Imani sedang menjamu selera. Dia segera melajukan pergerakannya menuju ke meja Syaza Imani. Dia mengambil tempat di hadapan gadis itu. Syaza Imani menjelingnya tajam.

“Marah lagi ke? Sorry ok,” Rayu Adham Rafique.

“Senangnya kau minta maaf. Kau tahu tak perbuatan kau tu boleh membahayakan nyawa aku? Kalau aku mati lemas tadi macam mana?” Keras suara Syaza imani.

“Kau kan pandai berenang, tak kan lemas punya lah.” Slumber Adham Rafique

“Eeeiii menyampah betul cakap dengan kau ni!” Syaza Imani mula bangkit mahu berlalu.

“Eh duduk dulu.” Tahannya.

“Ada apa lagi?” Soalnya tak puas hati lalu duduk kembali.

“Kau maafkan aku tak?”

“Tak!” Tegas Syaza Imani.

“Tak ye.. Ok, aku bocorkan rahsia kau.” Ugutnya. Sakit hati Syaza Imani mendengar ugutan itu.

“Yelah!! Tapi kau jangan buat macam tu lagi. Naik semput aku tau.” Adham Rafique mengoyak senyum.

“Esok aku nak bawa kau pusing-pusing Pangkor ni. Malam ni tidur awal sikit.” Muka Syaza Imani yang masam mula bertukar ceria.

@@@@@

HARI KELAPAN

Tepat pukul 8 pagi Adham Rafique dah terpacak di ruang lobi, menunggu Syaza Imani. Aktiviti mereka hari ni ialah melawat tempat-tempat yang terdapat di Pulau Pangkor itu. Sementara menunggu, dia membelek-belek akhbar yang terdapat di situ.

“Ehem ehem.” Syaza Imani berdehem.

Dehemannya membuatkan Adham Rafique mengalihkan pandangannya dari surat khabar yang dibacanya. Turun naik matanya melihat penampilan Syaza Imani.

“Kau ni tiru aku ke apa?” Soalnya. Giliran Syaza Imani pula meneliti pakaiannya kemudian beralih kepada pakaian Adham Rafique. Masing-masing memakai t-shirt hilam, jean biru dan cap hitam.

Alamak aii macam mana boleh sama pulak ni, ngomel Syaza Imani dalam hati.

“Kau tunggu jap aku naik atas tukar baju.” Belum sempat Syaza Imani melangkah Adham Rafique memanggil.

“Dah tak payah lah. Nanti lambat pulak kita nak bertolak,” Mendengar kata-kata itu Syaza Imani tak jadi melangkah.

“Jom kita gerak sekarang,” Ajak Adham Rafique. Mereka mula bergerak ke arah sebuah kereta. Ternaik sedikit kening Syaza Imani.

“Kereta siapa yang kau rembat ni?” Soalnya.

“Excuse me, Tak mainlah rembat-rembat, aku sewa tau. Dah masuk cepat.”

“Owh” Membulat mulut syaza Imani.

Kereta Yang dipandu Adham Rafique bergerak keluar dari kawasan resort. Mereka telah ke Teluk Gadung, yang mana terdapat kesan tinggalan sejarah iaitu Kota Belanda dan Taman Fu Lin Kong yang terdapat Replika Tembok Besar Negara China.

Dari satu tempat ke satu tempat mereka singgah. Di Teluk Nipah pula Syaza Imani riang memberi makanan kepada Burung Enggang yang terdapat di situ. Setelah penat memberi makan kepada burung, mereka singgah pula ke Pasir Bogak.

Pasir Bogak menjadi tempat pilihan Adham Rafique untuk mengisi perut. Di situ memang terdapat banyak kedai makan. Pengunjung hanya perlu memilih samada ingin ke kedai makan yang menyediakan masakan Melayu atau Chinese Seafood. Selain itu, kedai cenderamata juga turut terdapat di situ.

Selesai makan, mereka meneruskan perjalanan ke Pekan Pangkor. Di situ Adham Rafique mula berbelanja. Dia mengambil beberapa bungkus Satay, Ikan Kering dan lain-lain. Dia menoleh ke arah Syaza Imani. Pelik dia melihat gadis itu hanya melihat sahaja.

“Kau tak nak beli apa-apa ke?”

“Eh nak.” Dia kemudiannya memilih barang-barang yang ingin dibeli. Setelah selesai membuat pembayaran, dia menghulurkan plasti-plastik itu kepada Adham Rafique. Terangkat sedikit kening lelaki itu.

“tolong bawakan,” Beritahunya.

“Kau dah tak de tangan sendiri ke nak suruh aku bawa?”

“Eeii Tak gentleman betullah kau ni!” Rungutnya.

“Gentleman ke Tomatoman ke itu semua aku tak peduli. Kau punya barang pun tak de la banyak mana pun, bawalah sendiri.” Adham Rafique terus berlalu meninggalkan Syaza Imani yang bengang. Dia memandang sekelilingnya.

Huh nasib baik tak de orang pandang, gumamnya dalam hati. Dia melajukan langkahnya untuk menyaingi langkah Adham Rafique.

@@@@@

HARI KESEMBILAN

Hari ini merupakan hari terakhir Adham Rafique dan Syaza Imani berada di resort.Mereka akan check out selepas Zohor nanti. Di bilik, Syaza Imani sibuk mengemas barang-barang yang dibeli kedalam beg.

Adham Rafique pula sedang berborak dengan Fallah di telefon bimbitnya. Selepas mematikan talian dia mula mengemas barangnya.

“Eh aku belum call atok lagilah,” Monolognya lalu mencapai telefon bimbitnya kembali.

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara nek Jah di hujung talian.

“Waalaikumussalam nek, Am ni. Hari ni kami naik feri pukul 2.30. Jadi tak atuk dengan nenek jemput?” Soalnya.

“Owh hari ni ya nak balik? Nanti nenek beritahu atok. Dah sampai Jeti Lumut nanti tunggu kat tempat hari tu tau,” Ucap nenek.

“Ok nek, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Setelah menamatkan perbualan, dia kembali menyambung tugasannya mengemas barang.

Sebelum menaiki feri di Jeti Pangkor, Adham Rafique dan syaza imani mengucapkan terima kasih kepada pak su dan mak su kerana sudi membenarkan mereka tinggal di resort dan melakukan aktiviti riadah secara percuma. Pak su dan mak su turut mempelawa Syaza Imani dan Adham Rafique ke situ lagi. Dalam hati Syaza Imani berjanji akan datang bercuti ke Pulau Pangkor lagi suatu hari nanti.

“Nak?” Dia menghulurkan bungkusan asam ke arah Adham Rafique. Lelaki itu hanya menggeleng. 20 minit perjalanan feri yang mereka naiki tiba ke Jeti Lumut. Tok Wan dan nek Jah sudah sedia menunggu.

@@@@@

Setelah selesai membersihkan diri, Syaza Imani keluar dari bilik. Di tangannya ada ole-ole yang dibelikan untuk tok Wan dan nek Jah. Kakinya melangkah ke arah ruang tamu yang mana tok Wan, nek Jah dan Adham Rafique sedang menonton televisyen. Dia duduk bersimpuh di atas lantai.

“Nek, ni hadiah untuk nenek.” Dia menghulurkan bungkusan plastik yang berisi kain batik kepada nek Jah. “Yang ni pula untuk atok,” Dia menghulurkan bungkusan satu lagi yang berisi kain pelekat kepada tok Wan.

“Terima kasihlah Syaza. Buat susah-susah je.” Ucap nek Jah.

“Tak de susah mana pun nek.” Syaza Imani tersenyum gembira melihat tok Wan dan nek Jah suka dengan pemberiannya.

@@@@@

Malam itu Adham Rafique dan Syaza Imani melepak di beranda. Esok mereka akan berangkat pulang ke kuala Lumpur.

“Boleh aku tanya kau sesuatu?” Soal Adham Rafique. Syaza imani mengangkat kedua-dua keningnya tanda menyuruh lelaki itu meneruskan pertanyaannya.

“Aku tengok perangai kau kat sini dengan kat KL berlainan sungguh.”

“Lain macam mana?” Soal Syaza Imani pelik.

“Kat sini kau tak mengada-ngada macam kat kolej.”

“oh ya?” dia tergelak mendengar kata-kata Adham Rafique.

“Kenapa kau menipu pasal status kau?” Soalnya lagi. Tawa Syaza Imani terhenti.

Dia menarik nafas panjang. ” Aku buat semua tu sebab aku nak join kumpulan glamour girls.”

“Di sebabkan nak masuk group tu kau sanggup menipu, menghabiskan duit mak ayah kau! Berbelanja yang tak berfaedah.. Kalau berbelanja untuk pelajaran tak apa la jugak. Kakak apa kau ni? Tak fikir ke adik-adik kau pun nak pakai duit juga!” Adham Rafique sangat beremosi. Terjegil mata Syaza Imani.

“Dah habis cakap?” Syaza Imani bersuara geram. Merah mukanya menahan marah.

“Dah.”

“Untuk pengetahuan kau, aku anak bongsu dari tiga beradik!” Ternganga mulut Adham rafique.

“Dan untuk pengetahuan kau juga aku tak pernah guna duit mak ayah aku untuk berbelanja barang yang tak berfaedah seperti yang kau cakap tu. Tapi aku guna duit aku sendiri okay!” Tegas Suaranya.

“Maksud kau?” Dia tidak dapat menangkap maksud kata-kata gadis itu.

“Aku bekerja part time di shopping kompleks berhampiran kawasan perumahan aku. Aku kumpul gaji aku untuk beli barang-barang yang aku nak. So, kau jangan nak tuduh aku menghabiskan duit mak ayah aku.” Selepas berkata-kata Syaza Imani melangkah masuk ke dalam rumah.

Adham Rafique menepuk-nepuk mulutnya yang lancang menuduh tanpa usul periksa.

@@@@@

HARI KESEPULUH

Selepas bersarapan Adham rafique meminta diri untuk bertolak pulang. Dalam hati dia bertekad akan memohon maaf kepada Syaza Imani dalam perjalanan pulang nanti.

Selepas bersalaman dengan tok Wan dan nek Jah, mereka masuk ke dalam perut kereta. Kemudian kereta mula meluncur keluar dari halaman rumah tokWan.

“Erk aku nak minta maaf pasal semalam.” Ucapnya.

Syaza Imani yang sedang leka melihat pemandangan di luar tingkap segera menoleh. Dia mula tersenyum.

“It’s ok. Maybe orang lain pun akan berfikiran yang sama macam kau kalau dia orang tahu status sebenar aku.” Ujarnya tenang.

“Aku nak tanya lagi satu soalan. Sebelum tu aku nak minta maaf dulu.”

“Apa dia?”

“Kenapa kau beria-ia sangat nak join dia orang?” Soalnya tenang. Syaza Imani tersenyum.

“Entahlah. Maybe sebab latar belakang keluarga dia orang yang terdiri daripada anak orang berada membuatkan aku nak join dia orang. Kau pun tahukan hanya anak orang berada je yang dibenarkan join dia orang.” Terang Syaza Imani. Adham Rafique menganggukkan kepalanya.

“Aku dah fikir masak-masak.” Ujarnya lagi.

“Apa?” Soal Adham Rafique ingin tahu.

“Aku akan berterus terang pasal status aku. Aku dah tak larat nak menipu lagi.” Ujarnya.

“Kau tak takut ke kalau dia orang pulaukan kau?”

“Tak. Ramai lagi kawan kat dunia ni yang masih nak berkawan dengan aku. Kali ni aku berjanji tak akan memilih kawan lagi.”

“Alhamdulillah akhirnya terbuka juga hati kau untuk berubah.” Mereka ketawa bersama-sama.

@@@@@

Adham Rafique, Balan, Fallah dan Dasuki sedang melepak di restoran Syed. Kajian luar yang mereka lakukan semasa cuti mid term telah selesai dibentangkan. Habis sahaja kelas mereka terus menyerbu restoran Syed yang menjadi port mereka untuk melepak.

15 minit kemudian Farid muncul dengan nafas yang tercungap-cungap. Yang lain terkejut melihat kelakuan Farid yang ganjil.

“Kau ni kenapa? Macam kena kejar hantu je,” Soal Balan.

“Bukan kena kejar hantu la. Aku ada berita tergempak nak habaq kat korang ni!” Farid mula bersuara selepas dapat bernafas dengan normal kembali.

“Berita tergempak!!” Sahut mereka berempat serentak.

Farid mengangguk laju kepalanya. Matanya beralih ke arah air Fallah yang masih berbaki. Dipanjangkan tangannya untuk mengambil gelas yang berisi air the o ais lalu meneguknya rakus. Selesai minum dia berdehem.

“Pasal Syaza Imani a.k.a Miss Annoying.” Katanya. Fallah, Balan dan Dasuki mengeluh. Adham Rafique diam tak bersuara.

“Kalau pasal minah tu aku tak berminat nak tahu.” Fallah berkata.

“Yang ni pasti korang akan terkejut badak punya kalau dengar.”

“Aku terbaca kat papan buletin.”

“Baca apa?” Soal Dasuki tak sabar.

“Syaza tu sebenarnya bukan anak orang kaya,” Melopong mulut Dasuki, Fallah dan Balan mendengarnya.

“Sekarang ni satu kolej pulaukan dia. Naik kesian pulak aku tengok dia kena cemuh dengan beberapa orang pelajar kat kafe tadi.” Ujarnya.

“Korang tau tak apa yang tertulis kat papan buletin tu?” ujarnya lagi

“Apa?” Jawab mereka serentak.

“Attantion to all students!!! Syaza Imani pelajar tahun 3 jurusan geografi telah dibuang dari glamour girls group. Hal ini demikian kerana dia seorang PENIPU yang mengaku sebagai anak orang kaya!! PISAU CUKUR yang mengikis duit ahli kumpulan kami!! Anda semua mesti berhati-hati dengan perempuan PISAU CUKUR ini!!” Selesai berkata-kata, Farid mengambil pula minuman Adham Rafique dan meneguknya.

“Fuyoo ayat punya skema!! Ingat pulak kau ek ayat yang dia tulis, selalunya kau susah nak ingat ayat yang panjang-panjang.” Tersengih Farid mendengar kata-kata Fallah. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. Kemudian meletakkan sehelai kertas di atas meja.

“Eceh, aku mati-mati ingat kau dah terer bab ingat ayat panjang-panjang. Rupa-rupanya kau copy ayat tu. Hampeh punya kawan.” Ujar Fallah lagi. Farid mengangkat dua jarinya menunjuk peace..

“Kalau berita tergempak macam ni mana boleh tertinggal patah perkataan.. Naik kering juga tekak aku nak menghafalnya.” Farid tersengih lagi.

“Eh cop cop.. Bukan ke kau kata nak pergi bilik prof? Macam mana boleh tersangkut sampai ke papan buletin pulak ni?” Balan menyoal pelik.

“Aku memang pergi bilik prof. Lepas je jumpa prof aku pelik tengok kecoh-kecoh kat papan buletin tu. Aku pun pergi tinjau la. Then aku ternampak pula Syaza tengah termenung kat kafe tu.” Jelasnya panjang lebar. Adham Rafique segera bangkit dan meluru ke motornya. Pelik kawan-kawannya melihat tindakannya. Dia memecut laju motorsikalnya menuju ke kolej.

Sampai di kawasan kolej dia berlari laju menuju ke kantin di mana Syaza Imani sedang duduk termenung mengenang nasib diri yang di caci maki.

“Ehem” Adham Rafique berdehem. Lamunannya tersentak lalu menoleh ke kiri. Terkejut dia melihat Adham Rafique ada di sebelahnya.

“Kau okay tak?” Soalnya.

“Yeah aku okay,” Dia menyembunyikan kesedihannya di dalam hati.

“Kau dah confess kat dia orang ke?” Soalnya ingin tahu dari mulut Syaza Imani sendiri. Gadis itu hanya mengangguk.

“Apa yang dia orang cakap?”

Syaza Imani tersengih kelat.

“Dia orang malukan aku, sampai satu kolej ni menjauhkan diri dari aku, caci aku. Tapi aku redha. Aku akan telan semua kata-kata dia orang.” Ujarnya sambil menahan air mata dari gugur.

“Boyfriend kau pula macam mana?” Syaza Imani menarik nafas dalam sebelum menjawab.

“Dia dah tinggalkan aku. Dia tak dapat terima yang aku ni tipu dia. Mujur aku tak serius sangat dengan dia.” Ujarnya sambil mengelap titisan air mata yang mengalir. Adham Rafique mengeluarkan tisu dari poket seluarnya lalu diberikan kepada gadis itu.

“Thanks,” Ucapnya.

“Kalau orang lain pulaukan kau, aku masih sudi untuk berkawan dengan kau.” Terkejut Syazaa Imani mendengarnya. Dia menggelengkan kepalanya.

“Kau buat macam ni sebab kau bersimpati dengan aku kan?”

“Nope. Aku ikhlas. Kita kan pernah rapat masa kat kampung aku dulu,” Jelasnya.

“Macam mana pulak dengan kawan-kawan kau?”

“Dont worry, aku akan slow talk dengan dia orang. Aku yakin dia orang tak kisah kau join aku sebab… Dia orang pun baik macam aku juga,” Adham Rafique cuba berjenaka.

“Eleh perasan,” Syaza Imani mula tersenyum.

“Thanks ya Am.” Ucapnya.

“No biggie la,”

Dua pasang mata yang menjadi pengintip, memandang penuh meluat ke arah Syaza Imani dan Adham Rafique yang mesra berbual.

“Jom kita report kat Sally,” Ajak salah seorang dari pengintip itu.

@@@@@

Hubungan antara Syaza Imani dengan Adham Rafique dan kawan-kawannya semakin rapat. Dia semakin banyak berubah dan tidak seperti dahulu lagi. Sally yang merupakan ketua glamour girls group masih lagi cuba memporak perandakan hidup Syaza Imani.

Macam-macam yang telah dia dan gengnya lakukan menyebabkan pelajar-pelajar di kolej makin membenci Syaza Imani. Salah satu helahnya untuk mengenakan Syaza Imani ialah ketika Syaza Imani sedang mengisi perut seorang diri di kafe, Dhya iaitu sahabat baik Sally sengaja melanggar belakang badan Syaza Imani yang baru ingin menyuapkan nasi ke mulutnya.

Akibatnya nasi itu tertumpah ke atas bajunya. Kemudian Syaza Imani bangkit dari kerusi menuju ke paip air untuk mencuci kesan kotoran di bajunya. Kesempatan itu diambil Dhya untuk memasukkan purse milik Sally ke dalam beg Syaza Imani.

Petang itu kecoh satu kolej mengenai kehilangan purse milik Sally. Dengan tidak sabarnya Sally segera menuju ke bilik dekan yang merupakan bapa saudaranya dan mengadu tentang kehilangan pursenya. Dia merayu-rayu kepada dekan supaya mengadakan sport check ke atas semua pelajar. Akibat tidak tahan mendengar rayuan Sally, dekan akhirnya mengadakan sport check untuk memuaskan hati Sally.

Semua pelajar telah di periksa. Akhirnya purse tersebut dijumpai di dalam beg sandang Syaza Imani. Terkejut Syaza Imani dan yang lain-lain melihatnya. Bermati-matian dia cuba mempertahankan dirinya namun tidak didengari. Adham Rafique dan kawan-kawannya juga cuba membantu namun dekan mengambil tindakan tegas dengan menggantung Syaza Imani dari kolej.

Ketiadaan Syaza Imani di kolej amat menggembirakan hati Sally kerana telah berjaya menyingkirkan Syaza Imani dari kolej walaupun sementara.

Ketika Adham Rafique, Balan, Fallah, Farid dan Dasuki sedang duduk termenung di kafe, mereka didatangi Aini Fatihah, salah seorang pelajar di kolej yang mengambil jurusan kejuruteraan.

“Aku ada sesuatu nak beritahu korang.” Ucapnya perlahan.

“Tapi bukan kat sini. Kita jumpa kat tempat yang korang selalu lepak tu, pukul 4 nanti.” Selesai berkata-kata, Aini Fatihah beredar dari kafe itu. Adham Rafique dan Kawan-kawannya memandang pelik sesama sendiri.

“Korang rasa apa yang mustahak sangat yang dia nak cakap tu?” Soal Adham Rafique.

“Entah la. Try je la jumpa dia petang ni.” Balan bersuara.

@@@@@

“Aku ada sesuatu nak tunjuk kat korang.” Ujar Aini Fatihah lalu mengeluarkan kamera digitalnya dari beg sandang lalu menghulurkan kepada Adham Rafique. Terbeliak matanya melihat rakaman video yang terdapat pada kamera digital Aini. Selesai melihat dia memberikan kamera itu kepada Balan pula, diikuti Farid, Fallah dan Dasuki.

“Macam mana kau boleh ada video tu?” Soal Adham Rafique ingin tahu.

“Waktu tu aku tengah merakam gelagat pelajar kat kafe. Aku ni ada hobi pelik sikit, suka merakam gelagat orang. Entah macam mana, aku terdengar jeritan Dhya memarahi Syaza. Aku pun halakan kamera aku kat dia orang. Time Dhya nak masukkan purse tu kat dalam beg Syaza, Aku zoom in kamera aku.

Then bila dekan buat sport check, aku diamkan sebab aku nak siasat siapa yang menyuruh Dhya yang lurus tu buat macam tu.” Terang Aini Fatihah

“So, kau da siasat la ni?” Soal Adham Rafique. Aini Fatihah mengangguk.

“Sally yang buat rancangan ni. Dia sebenarnya tak puas hati dengan Syaza sebab korang still nak berkawan dengan dia lepas dah tahu yang dia tu penipu.”

“Aku ada satu rancangan.” Ujar Adham Rafique. Yang lain mengangkat kening bertanya.

“Aini, kau sanggup tak jadi saksi dalam kes ni?” Aini Fatihah mengangguk.

“Cantik!! Aku nak korang kumpulkan semua students dan pensyarah. Termasuk dekan sekali.” Arah Adham Rafique.

“Kau nak buat apa pulak ni Am? Kalau kumpul pelajar boleh la. Ni nak kena kumpulkan pensyarah dan dekan kau ingat senang ke?” Luah Farid. Yang lain turut mengangguk.

“Aku tak kira, kita mesti bersihkan nama Syaza. Takkan korang nak tengok orang yang tak bersalah kena gantung kolej kot!” Tegas dia bersuara.

“Baiklah, aku akan cuba.” Farid berjanji.

“Aku pun.” Fallah, Dasuki dan Balan bersuara serentak.

@@@@@

Tengah hari itu loceng kebakaran berbunyi. Semua pelajar, serta kakitangan kolej berlari ke arah pintu masuk kolej untuk menyelamatkan diri. Namun mereka tidak dapat keluar kerana pintu masuk berkunci. Terjerit-jerit mereka memanggil pengawal supaya membuka pagar itu.

Tiba-tiba kedengaran suara Adham Rafique yang berucap menggunakan microphone, meminta semua bertenang kerana tiada kebakaran berlaku. Keadaan tenang seketika. Adham Rafique bersuara lagi dan meminta semua yang berada di kawasan kolej segera ke dewan.

Pensyarah-pensyarah dan dekan mula marah-marah kerana Adham Rafique mempermainkan mereka. Pelajar-pelajar juga turut membuat bising. Untuk mendiamkan semua orang, dia telah memberi arahan kepada Farid, Balan, Dasuki, Fallah dan Aini Fatihah untuk memulakan operasi.

Senyap seketika ruang dewan apabila video yang dirakam oleh Aini Fatihah telah tertayang di Skrin putih. Peluh mula memercik di dahi Dhya. Sally pula menjeling tajam ke arah Dhya kerana tidak berhati-hati.

Selesai tayangan video, Adham Rafique mula bersuara.

“Mesti anda semua terkejutkan melihat video tadi. So, saya nak menjelaskan disini bahawa Syaza Imani tidak bersalah. Saya mempersilakan Aini Fatihah ke hadapan untuk memberitahu anda semua siapa dalang di sebalik kes ini.” Adham Rafique mempersilakan Aini Fatihah ke hadapan dewan.

Aini Fatihah mula menceritakan seperti yang telah diceritakan pada Adham Rafique dan kawan-kawannya. Semua mata berpaling ke arah Sally. Merah muka dekan menahan malu apabila anak saudaranya sendiri membuat onar.

Dengan muka yang merah padam, dekan naik ke atas pentas dewan dan berucap.

“Saya ingin memohon maaf kerana telah membuat keputusan terburu-buru dengan menggantung Syaza Imani. Mulai esok hukuman yang telah dikenakan terhadap Syaza Imani akan saya tarik balik..” Dekan menarik nafas panjang sebelum menyambung ucapannya.

“Bersaksikan semua pelajar dan kakitangan kolej, saya akan memberhentikan Sally dan rakan subahatnya dari kolej ini. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Adham Rafique dan rakan-rakannya kerana telah membetulkan kesilapan saya, sekali gus membersihkan nama Syaza Imani. Di ingatkan kepada semua pelajar, saya tak mahu perkara sebegini berlaku lagi di kolej. Sekiranya berlaku juga, tindakan tegas akan diambil.” Selesai berkata-kata, Dekan memulangkan kembali microphone kepada Adham Rafique.

Selepas memberi sepatah dua kata, mereka mula bersurai dari dewan.

@@@@@

Syaza Imani baru sahaja sampai ke kolej. Dia pelik bila hukumannya dipendekkan. Kakinya melangkah ke kafe untuk bersarapan. Sedang dia bersarapan, dia diserbu beberapa orang pelajar. Pelik dia melihat mereka meminta maaf kepadanya.

Hari ni hari minta maaf sedunia ke? Gumamnya dalam hati.

Ketika Aina ingin mengatur langkah, Syaza Imani sempat menahannya. Dia ingin merungkaikan kepelikannya.

“Kenapa korang semua ni minta maaf segala bagai denagn aku? Dah buang tebiat ek?” Soalnya ingin tahu.

“Bukanlah, semalam ada perjumpaan tergempar.” Ujar Aina.

“Tergempar?” Soalnya lagi

“Yeah.” Aina mula menceritakan mengenai perjumpaan semalam kepada Syaza Imani. Terlopong mulutnya mendengar cerita itu. Dia terharu dengan apa yang Adham Rafique, Aini Fatihah, Fallah, Balan, Dasuki dan Farid lakukan.

Petang itu dia mengajak Aini Fatihah, Dasuki, Fallah, Adham Rafique, Balan dan Farid ke restoran Syed. Dia ingin membelanja mereka di atas kerja keras mereka untuk membersihkan namanya.

“Aku nak ucapkan terima kasih kat korang semua. Kalau korang tak ada, mesti aku masih lagi kena gantung kolej.” Ujar Syaza Imani.

“No biggie la.. Kita kan kawan.” Adham Rafique mewakili yang lain.

“Okay, hari ni aku belanja korang semua makan. Order je apa yang korang nak order.” Yang lain mula bersorak gembira.

Betullah seperti yang orang kata, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis payah dijumpai.

TAMAT

p/s Sorry kalau ada kekurangan pada cerpen ni..
Apai
Apai
Admin
Admin

Posts : 116
Points : 292
Reputation : 0
Join date : 10/07/2011
Age : 32
Location : Kedah Alor Star

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum