Log in
P’daftaran Staff MySelamba
Kim Swee Gembira Perkembangan Positif Pemain
Page 1 of 1
Kim Swee Gembira Perkembangan Positif Pemain
Selepas berjaya mengikat kelab Iraq,
Al-Arbil dalam perlawanan persahabatan di Wisma FAM malam tadi,
jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee melahirkan rasa gembira
dengan perkembangan positif anak buahnya.
Peningkatan yang dipamerkan anak buahnya
terutama di bahagian pertahanan memberi kelegaan kepada Kim Swee
selepas gabungan empat pemain Muslim Ahmad, Zubir Azmi, Amer Saidin dan
Mahali Jasuli menunjukkan kematangan mengawal situasi genting.
“Pemain pertahanan menunjukkan
keserasian yang baik, kawalan bola yang baik serta kebijaksaan semasa
berhadapan dengan tekanan pihak lawan juga semakin meningkat,” ujar Kim
Swee.
Meskipun tanpa tiga tonggak penting
negara, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadhli Shas, kelibat para
pemain lain telah berjaya menunjukkan peningkatan mendadak dan ini
memberikan lebih pilihan untuk Kim Swee menyediakan pasukannya.
Dalam aksi persahabatan semalam, skuad
Olimpik negara memberi saingan sengit kepada kelab Al-Arbil yang
dibarisi enam pemain kebangsaan Iraq yang baru meraih kemenangan 2-0 ke
atas Singapura pada Selasa lalu.
Disamping itu, Datuk Rajagobal yang
turut menyaksikan perlawanan itu juga yakin barisan pemain negara mampu
memberi keputusan baik dalam kempen kelayakan Olimpik nanti.
Skuad Olimpik negara bakal bertemu Oman dalam satu lagi aksi persahabatan pada 16 September ini.
Perlawanan pertama kelayakan Olimpik
2012 Zon Asia untuk skuad negara ialah menentang Jepun pada 21
September, Jam 8 malam di Stadium Tosu, Jepun.
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum