Log in
P’daftaran Staff MySelamba
Restoran Punyai Meja Touch Screen Untuk Memilih Menu
:: MACAM-MACAM ADA :: Gambar Gempak
Page 1 of 1
Restoran Punyai Meja Touch Screen Untuk Memilih Menu
Bukan gadget saja yang menggunakan aplikasi skrin sentuh atau yang
sering disebut touch screen. Restoran ini benar-benar unik dan canggih
kerana menggunakan meja skrin sentuh.
Adalah Restoran Inamo, sebuah restoran yang terletak di tengah-tengah
bandar Inggeris, London, ini benar-benar unik dan canggih. Meja
makannya menggunakan teknologi skrin sentuh yang berguna sebagai
kemudahan menempah makanan dan juga media interaktif lain.
Sekilas, meja-meja interaktif di Restoran itu nampak seperti meja touch screen layaknya ipodtouch bersaiz besar.
Namun pada kenyataannya kemudahan meja elektronik tersebut
dikendalikan oleh sebuah projektor yang terletak di atasnya yang
menyoroti sebuah gambar ke atas meja. Projektor ini mampu merasakan
deria gerakan tangan anda.
Di atas meja terdapat sebuah trackpad berbentuk lingkaran dan jika
anda menggerakkan tangan pada trackpad itu, meja akan memaparkan gambar
dari aneka jenis pilihan menu lengkap dengan penjelasan dan harganya.
Jika sudah menentukan menu makanan mana yang diingini, anda cukup menekan butang ‘order’ dan makanan akan dihidangkan.
Sementara, anda juga boleh melihat aktiviti para chef dari atas meja
anda melalui webcam yang dipasang di dapur. Jika anda lupa dengan laluan
kembali ke hotel, anda boleh mengakses peta London menggunakan meja
canggih tersebut.
Meski tempahan makanan dapat dilakukan sendiri, tetap saja Inamo
menggaji para pelayan untuk membawakan pesanan makanan, untuk melayani
bayaran dan untuk menjawab soalan anda jika kesulitan menggunakan
kemudahan meja ajaib itu.
Similar topics
» Restoran Jamban
» Cara memilih Password yg kuat (Strong Password)
» Logo Untuk Selamba.TK
» berpuasa bukan untuk berpuas
» Salam Perkenalan untuk Selamba.TK
» Cara memilih Password yg kuat (Strong Password)
» Logo Untuk Selamba.TK
» berpuasa bukan untuk berpuas
» Salam Perkenalan untuk Selamba.TK
:: MACAM-MACAM ADA :: Gambar Gempak
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum