::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


95 peratus graduan Aswara berjaya peroleh pekerjaan selepas tamat pengajian: Rais

Go down

95 peratus graduan Aswara berjaya peroleh pekerjaan selepas tamat pengajian: Rais Empty 95 peratus graduan Aswara berjaya peroleh pekerjaan selepas tamat pengajian: Rais

Post by zairul afiza hamzah Sat 15 Oct 2011, 6:35 pm













KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (Aswara) atau 95 peratus daripada mereka yang menamatkan
pengajian berjaya memperoleh pekerjaan sebaik tamat pengajian di
institusi berkenaan sejak penubuhannya pada 2006.

Menteri
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata
ramai daripada graduan Aswara kini berjaya menempatkan diri sebagai
pakar dalam penulisan novel, drama dan muzikal, sekali gus memberi
lonjakan kepada perkembangan industri seni dan kreatif tanah air.









"Situasi ini sedikit sebanyak berjaya memartabatkan industri seni dan
mengubah persepsi masyarakat serta ibu bapa bahawa graduan akademi ini
pun mampu menyara hidup mereka sebaik tamat pengajian," katanya selepas
menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Aswara kelapan di Panggung
Eksperimen akademi itu di sini, hari ini.











Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Mengulas
lanjut, Rais berkata, berikutan perkembangan positif itu,
kementeriannya akan membantu Aswara meningkatkan kepakaran tenaga
pengajarnya menerusi jalinan kerjasama dengan institusi di dalam dan
luar negara.

Katanya, ini penting bagi memastikan lebih ramai
anak tempatan merebut peluang menerusi industri seni dan kreatif yang
mampu menjana pulangan sehingga RM2.8 bilion setahun.

"Di samping
itu Aswara juga yang menerima peruntukan sebanyak RM25 juta daripada
Dana Industri Kreatif Negara, akan dibimbing oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia (SKMM) dengan pelbagai aktiviti bagi memastikan
peruntukan itu digunakan semaksimum mungkin," katanya.




Sementara itu, Rais juga diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu bahawa fungsi bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi khususnya dalam pentadbiran dan urusan rasmi
kerajaan akan dimantapkan berikutan persetujuan Kabinet supaya semua
penjawat awam diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua
urusan rasmi.

Rais yang memuji kenyataan Timbalan Perdana Menteri
juga menegaskan agar tiada mana-mana pihak cuba menggugat langkah dan
usaha keras kerajaan dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Malah
kita mahu mereka bersama-sama kita dalam arena perdana ini untuk
meningkatkan bahasa Melayu menjadi bahasa yang dibanggakan di bawah
Gagasan 1Malaysia," katanya.

Terdahulu, Rais menyampaikan ijazah
dan diploma kepada 369 graduan Aswara dan menganugerahkan Ijazah
Kehormat Sarjana Seni kepada tokoh teater, Sufiat Mukti.

Aswara
kini menawarkan tujuh program pengajian diploma dan lima program
pengajian ijazah sarjana muda menerusi tujuh fakulti yang memberi
penekanan kepada bidang seni, kreatif dan kebudayaan iaitu Muzik, Tari,
Penulisan, Teater, Filem dan Video, Sani Halus dan yang terkini Animasi
dan Multimedia.

zairul afiza hamzah
Moderator
Moderator

Posts : 13
Points : 39
Reputation : 0
Join date : 09/09/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum