::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Safee Sali Bakal Cetus Fenomena Baharu

View previous topic View next topic Go down

Safee Sali Bakal Cetus Fenomena Baharu

Post by DewaKematian on Fri 09 Sep 2011, 5:34 pm


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS)
menganggap pemergian penyerang prolifik kebangsaan Mohd. Safee Mohd.
Sali untuk menjalani ujian dan latihan dengan Cardiff City pada 12
September ini merupakan medan terbaik untuk membuktikan kehebatan anak
tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek berkata, peluang tersebut perlu digunakan untuk menimba seberapa
banyak ilmu bagi membantu meningkatkan tahap kemahiran serta melonjakan
ranking bola sepak negara seterusnya mendapat permit kerja bagi memboleh
mereka beraksi di Liga Perdana England (EPL).

Menurutnya, KBS yakin isu permit kerja
akan menjadi pendorong kepada pemain kebangsaan meningkatkan pretasi
bagi menaikkan ranking negara ke kedudukan yang lebih baik.

“Syarat bagi seseorang pemain untuk
beraksi di EPL ialah pasukan kebangsaannya perlu berada dalam senarai 70
pasukan terbaik dunia mengikut ranking yang dikeluarkan oleh
Persekutuan Bola Sepak Anta- rabangsa (FIFA).

“Kalau pemain kita berpotensi,
berkemungkinan akan ada usaha untuk mengecualikan syarat permit kerja
bagi membolehkan pemain negara beraksi dan jika ini berlaku tidak
mustahil suatu hari nanti kita akan mendengar nama pemain Malaysia yang
bermain di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita
selepas merasmikan Perhimpunan Belia Beliawanis dan Pemimpin Masyarakat
Siam Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Repek Pasir Mas,
Kelantan semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah
Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin dan
pimpinan tertinggi masyarakat siam serta pengerusi Persatuan Wanita Siam
Negeri Kelan- tan (PWSNK), Kc Ngiam Eh Khuan.

Sebuah akhbar tempatan semalam
melaporkan, Safee akan menjalani sesi ujian dan latihan bersama kelab
Liga Kejuaraan England, Cardiff City sekali gus mencipta sejarah sebagai
pemain pertama negara yang mendapat peluang menimba pengalaman di sana.

Dia akan menjalani sesi ujian dan
latihan dengan pasukan utama kelab Bluebirds yang dimiliki warga
Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah
tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.

Ahmad Shabery memberitahu, sukan bola sepak juga kini merupakan satu industri yang mana

Asia dilihat sebagai pasaran yang sangat
berkembang dan sebab itu pemain dari rantau Asia kini menjadi pilihan
kepada kelab-kelab ternama untuk beraksi dengan mereka.

“Sekiranya ada pemain dari Asia beraksi
dengan kelab England, ia merupakan satu lonjakan perniagaan kepada kelab
terbabit untuk meluaskan pasaran mereka yang sudah tentu pengikutnya
adalah besar.

Ini juga adalah satu strategi pemasaran,” katanya.

_____________________________________________________


What were you thinking
What a wonderful world !!!
You're full of sh*t

Leave it behind
They don't care if you cry
All is left is pain
....

DewaKematian
Super Moderator
Super Moderator

Posts : 102
Points : 277
Reputation : 0
Join date : 07/09/2011
Age : 31
Location : Damansara Damai

View user profile http://www.facebook.com/PaKcIkEnTaNg

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum