Log in
P’daftaran Staff MySelamba
Edisi Nafsu: Kena cekup
2 posters
Page 1 of 1
Edisi Nafsu: Kena cekup
KIsah 1
Cekup isteri berkhalwat
MELAKA: Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh
sejak tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita
dicekup suaminya di rumahnya di Tanjung Kling, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, wanita berusia 29 tahun itu
dicekup bersama teman lelakinya berusia 28 tahun di rumah keluarganya
yang ketika itu hanya dia dan dua anaknya berada di situ.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim),
Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita
terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi
salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu.
Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang,
namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.
“Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Kling bagi
laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jaim untuk siasatan lanjut,”
katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin
kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan
sejak tiga bulan lalu.
Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual.
“Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu
memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu
berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.
KIsah 2...
Nenek miang
KULIM: Tindakan seorang nenek bercucu dua cuba memadu asmara dengan
teman lelakinya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel di sini,
mengundang padah apabila pasangan berkenaan ditahan dalam operasi cegah
maksiat, semalam.
Dalam pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi itu, wanita
berusia 50 tahun dan berasal dari Pulau Pinang berkenaan ditahan bersama
dua lelaki berusia 23 tahun dalam bilik di hotel terbabit.
Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), berkata berdasarkan
maklumat, sepasukan lima pegawai penguat kuasa bergegas ke hotel
terbabit lalu mengetuk pintu bilik sambil memperkenalkan diri untuk
melakukan pemeriksaan. Menurutnya, seorang lelaki membuka pintu tidak
lama kemudian dan anggota penguat kuasa yang masuk ke bilik itu yang
mempunyai sebuah katil menemui seorang wanita bersama seorang lelaki
lain.
“Pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki dan wanita terbabit tidak
mempunyai sebarang hubungan mahram dan mereka kemudian dibawa ke Balai
Polis Lunas untuk dibuat laporan tangkapan.
“Hasil soal siasat juga mendapati wanita terbabit sudah bercerai dengan
suaminya dan mempunyai dua anak serta dua cucu. Seorang daripada lelaki
terbabit adalah teman lelakinya yang bekerja di kilang sama di Kulim
Hitech, di sini,” katanya.

Re: Edisi Nafsu: Kena cekup
gatai btol nenek ni...da menopos pon ade hati lagi nak berkhalwat...
aigooo..dunia2.. :x
aigooo..dunia2.. :x
_izis_- Members
- Posts : 13
Points : 13
Reputation : 0
Join date : 07/09/2011
Similar topics
» Lantaran cinta, nafsu
» Terkencing Kena Samun..xD
» Hilang akal 7 hari kena gas pemedih mata
» Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Kena!
» Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum