::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Hilang akal 7 hari kena gas pemedih mata

Go down

Hilang akal 7 hari kena gas pemedih mata Empty Hilang akal 7 hari kena gas pemedih mata

Post by Apai Thu 04 Aug 2011, 4:27 pm

Suhardi tampil beri alasan berbelit
Hilang akal 7 hari kena gas pemedih mata Po_04.1
Suhardi Mat Isa menafikan berlakon, bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis di Kuala Lumpur, semalam.





KUALA LUMPUR 30 Julai - Lelaki yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu, Suhardi Mat Isa, hari ini tampil dan menafikan dia berlakon, bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Bagaimanapun, ketika tampil pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop) hari ini, Suhardi sebagai Setiausaha Agungnya memberi pelbagai kenyataan berbelit setiap kali diasak dengan soalan-soalan 'panas' oleh pemberita.

Malah, pada satu ketika, dia mengakui hilang akal selama tujuh hariyang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Suhardi gagal memberi sebarang bukti.

Selain itu, dia yang mendakwa tiada kepentingan politik berkata, terpaksa mengepalai perhimpunan di Jalan Pudu kerana semua pemimpin pembangkang sudah ditahan, tetapi sebaik sahaja pemberita berjaya menyangkal perkara itu, dia sekali lagi mengubah kenyataan.

Kali ini, Suhardi berkata, dia berbuat demikian demi memastikan keselamatan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak diancam pihak berkuasa.

Pada masa sama, dia turut mendakwa polis memperlakukan kepadanya dengan zalim, tetapi bila ditanya mengapa tidak bersurai ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan, dia berkata, tidak mendengar sebarang arahan kerana terlalu khusyuk menunai solat hajat dan berdoa.

"Saya tidak menyokong demonstrasi. Saya hadir sebagai seorang aktivis untuk menyampaikan pendirian yang dibenarkan oleh Islam tetapi ini bukan bermakna saya mempunyai kepentingan politik, saya cuma masyarakat biasa yang mahu membetulkan perkara salah," katanya.

Dalam pada itu, Suhardi yang turut menafikan dia bersembunyi dan melarikan dari polis sebelum ini memberitahu, dia bebas ke mana sahaja malah jirannya yang juga seorang anggota polis tidak menyatakan bahawa polis sedang mencarinya.

"Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).

"Saya juga tidak mati dan masih hidup, yang meninggal dunia Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai selepas dihebahkan di blog-blog, tetapi tidak, apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bercakap mengenainya," ujar bapa kepada 10 anak dan dua isteriitu.
Apai
Apai
Admin
Admin

Posts : 116
Points : 292
Reputation : 0
Join date : 10/07/2011
Age : 32
Location : Kedah Alor Star

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum