::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


4 Tanda Wanita Jatuh Cinta

Go down

4 Tanda Wanita Jatuh Cinta  Empty 4 Tanda Wanita Jatuh Cinta

Post by Apai Fri 15 Jul 2011, 3:55 pm

Lebih 70% wanita bersetuju mereka tidak akan meluahkan perasaan sebaliknya hanya menunjukkan tanda mereka sebenarnya telah jatuh cinta. Wanita mempunyai cara yang tersendiri untuk memberitahu seseorang lelaki mengenai perasaan mereka. Ianya terpulang kepada lelaki tersebut untuk memahaminya atau mungkin mereka tidak akan berjaya mengesannya. Didalam artikel ini, t5 akan menerangkan mengenai 4 tanda sekiranya wanita telah jatuh cinta.

Pandangan mata
Pandangan mata seorang wanita biasanya lebih terbatas berbanding mata lelaki yang lebih liar. Sekiranya anda sedar seseorang wanita yang gemar memerhatikan tingkahlaku anda walaupun secara bersembunyi, ia mungkin menunjukkan perkara yang positif bahawa mereka mungkin berminat atau telah jatuh cinta terhadap diri anda. Ianya terpulang kepada anda untuk mengambil tindakan yang seterusnya.

Senyuman
Apabila hubungan mata telah dibuat, ia biasanya disusuli dengan senyuman. Ini mengukuhkan lagi bahawa mungkin wanita tersebut telah bersedia untuk mengenali anda dengan lebih lanjut. Selain daripada itu, tanda ini juga menunjukkan bahawa wanita tersebut bersedia sekiranya anda ingin memulakan perbualan.

Perbualan
Kebanyakan wanita masih berpegang terhadap kepercayaan bahawa lelaki yang perlu untuk memulakan perbualan terlebih dahulu dan bukannya mereka. Sekiranya wanita yang memulakan perbualan terlebih dahulu, ia adalah tanda yang kukuh bahawa mereka mungkin berminat terhadap diri anda. Memulakan perbualan adalah merupakan cara mudah untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat.

Bahasa tubuh
Apabila anda telah memulakan perbualan tetapi wanita tersebut menunjukkan reaksi tubuh yang kurang selesa, ia bukan bermakna mereka tidak berminat terhadap diri anda. Berkemungkinan ia disebabkan oleh faktor gemuruh berhadapan dengan orang yang mereka telah memendam perasaan. Jangan terlalu awal membuat penilaian. Ambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.
Apai
Apai
Admin
Admin

Posts : 116
Points : 292
Reputation : 0
Join date : 10/07/2011
Age : 32
Location : Kedah Alor Star

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum