::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas

Go down

Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas Empty Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas

Post by zairul afiza hamzah Sat 15 Oct 2011, 7:21 am

KEMAMAN - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan
dua jam ditemui di dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa dekat
sini, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek berusia 23 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Abdullah Sani Salat,
bayi seberat kira-kira dua kilogram itu dijumpai dalam keadaan kebiruan
dan lemah, dipercayai akibat lemas di dalam air tangki pam tandas
berkenaan.

Katanya, bayi tersebut yang mengalami sedikit kecederaan pada badan
itu difahamkan telah disembunyikan oleh suspek bagi mengelakkan kejadian
itu diketahui rakan serumahnya yang lain.

"Salah seorang rakan serumahnya menjumpai kesan darah yang terdapat
pada lantai tandas menuju ke bilik suspek. Syak sesuatu yang berlaku,
dia mula melihat-lihat di sekitar rumah berkenaan sebelum terdengar
tangisan bayi di dalam sebuah tandas dan menemui bayi berkenaan di dalam
tangki pam tandas bilik air rumah sewa mereka," katanya ketika
dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, rakan sebilik mangsa yang menyedari kejadian itu
kemudian terus membawa bayi berkenaan yang dalam keadaan lemah dan
kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan.

Tambahnya, polis menahan suspek yang kini mendapatkan rawatan di wad Hospital Kemaman dipercayai ibu kepada bayi terbabit.

"Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan suspek
yang juga seorang yatim piatu kini ditahan bagi membantu siasatan,"
katanya.

Sementara itu, rakan sebilik suspek yang hanya ingin dikenali sebagai
Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke
tandas rumah sewa berkenaan untuk membuang air besar.

"Selepas duduk terlalu lama dalam tandas, suspek akhirnya keluar
dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan dan berbaring di atas
katilnya.

"Saya terkejut apabila melihat ada kesan darah pada lantai rumah lalu
mengesyaki sesuatu sebelum mendesak rakannya itu untuk menceritakan apa
yang berlaku dan akhirnya saya berjaya menemui bayi yang disorokkan itu
setelah mendengar tangisannya," katanya.

zairul afiza hamzah
Moderator
Moderator

Posts : 13
Points : 39
Reputation : 0
Join date : 09/09/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum