::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Teman Abadi

Go down

Teman Abadi Empty Teman Abadi

Post by Apai Thu 04 Aug 2011, 4:16 pm

Dia memerhatikan gadis bertudung yang sedang asyik mendengar walkman di café. Gadis yang berumur 2 tahun lebih darinya itu telah menjadi teman rapatnya semenjak dia masuk ke universiti yang sama setahun lepas. Namun hanya dia saja yang memahami isi hati Am.

“Far, jom pergi ke tasik hari ini, nak tak?”.Teman yang di tanya tidak menjawab sebalik terus mendengar walkmannya itu. Am menggeleng kepala. Dengan perlahan dia bangun dan mendekati telinga gadis itu. “OiCik Farah Fazida bt Mohd Ramli! Aku nak pergi tasiklah kau nak ikut tak?”. Am menjerit di telinga Far. “Ape ar kau!!! Sakit telinga aku tau tak!!”, jerit Far kembali menenyeh-nenyeh lubang telinganya yang berdesing. “Sekarangke?”, Far bertanya. “Habis tu, minggu depan kitakan dah sibuk nak study untukfinal”, Am membalas. “Ye tak ye juga, minggu depan lagilah tak bolehkan? Oklah, kitabalik dulu nanti kita jumpa kat sana pukul 8.50 malam ni lepas Isyak”, kata Far sambil bangun dengan senyuman yang manis.

Perasaan kagum tidak pernah luput pada diri Am apabila melihat semangat yang ada pada diri temannya itu. Far seolah-olah tidak pernah susah hati. Kerana dia juga Am menjadi lebih tabah dalam menghadapi penyakit ‘Keratoconus’ yang dihidapinya sejak 4 tahun yang lalu. Penyakit yang mengjangkiti kornea matanya itu semakin serius dari hari ke hari. Mata kirinya boleh dikatakan sudah buta. ‘Keratocunus’lah yang menyebabkan permukaan kornea mata kirinya berubah bentuk dengan teruk dan mengakibatkannya hilang kemampuan untuk memfokus objek. Kini Am bergantung penuh kepada mata kanannya walaupun dia tahu lambat laun mata kanannya juga akan menerima nasib yang sama.

Sesekali Am begitu kecewa dengan keadaan dirinya. Dalam usia yang muda dia terpaksa mengorbankan banyak minatnya semata-mata kerana masalah penglihatannya itu. Namun kehadiran Far menyuntik semangat baru pada dirinya yang semakin suram. Hatinya begitu tersentuh dengan keikhlasan Far. Far tidak pernah pula bosan untuk menolongnya dalam assignment atau tutorial. Dalam diam Am menaruh perasaan pada Far yang sentiasa menemaninya ke mana-mana sehingga teman-teman lain menuduh mereka bercinta. Dulu Am tidak suka gelaran itu kerana baginya mereka hanyalah sekadar teman rapat namun sekarang tak lagi kisah malahan kadang kala dia berdoa semoga Far juga mempunyai rasa yang sama.

Peperiksaan telah lama tamat. Hari-hari terakhir sebelum bercuti. Am berjanji dengan Far di tasik, tempat mereka selalu berjumpa. Sudah lama dia merancang untuk hari ini. Semakin dia hampir ke tasik itu semakin berdebar-debar hatinya. Dari jauh kelihatan Far juga sedang menuju tempat yang sama. Degupan jantung Am semakin laju…

“Far, aku ada perkara penting nak cakap dengan kau,” Am membuka bicara. “Apa dia? Cakaplah,” Far membalas sambil duduk di tepiku. Am merenung mata Far…, “Aku… aku…”, kata-kata terpacul dari mulutnya tersekat-sekat. “Aku.. apa? Kenapa kau tergagap-gagap ni?”, tanya Far dengan wajah yang agak kehairanan. Am menarik nafas panjang. Berat untuk dia meluahkannya. Dia tak pasti apakah reaksi gadis itu.

“Aku cintakan kau Far…” akhirnya perkataan itu terluah juga. Wajah Far berubah tiba-tiba. Buat beberapa minit kedua-dua mereka hanya mereka hanya terpaku memandang satu sama lain. Far mengalihkan pandangannya ke tengah tasik. Dia kecewa. Ini tak seharusnya berlaku. Di manakah silapnya. Dia hanya mahu kekal sebagai teman karib sahaja. Tidak. Ini tak seharusnya terjadi.

Sepi di antara mereka itu begitu lama. Akhirnya Far bersuara perlahan, “Maafkan aku Am. Kita tak seharusnya bercinta. Kau dan aku tak mungkin boleh lebih dari itu.”, Am tersentak. Sebegitu pantas Far memberikan kata putusnya. Am tidak tahu apa yang patut dirasa olehnya. Dia agak keliru. Tiba-tiba Am malu dengan dirinya. Dia terasa begitu ****h kerana tidak terfikirkan perkara itu. Siapalah dia?

“Aku tahu Far…kau tak mahu kerana aku buta sebelah mata? Kerana satu hari nanti aku berjalan dengan mengunakan tongkat?” kata-kata Am itu jelas terkandung rasa marah. Far hanya mendiamkan diri, Am terlalu tenggelam dengan perasaannya. Dia tidak mungkin dapat memahami Far yang tidak bersedia untuk perkara seperti itu. “Kau bukan untuk aku Am…”, tiba-tiba Far bersuara. “…dan aku bukan untuk kau!”, sambungnya lagi dengan keras lalu meningalkan Am berseorangan.

Itulah kali terakhir Am bertemu dengan Far. Dia tidak lagi menghubungi Far selepas itu. Dia sedar siapa dirinya. Far juga tidak menghubunginya langsung hinggakan berita Far sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur 2 minggu kemudian pun hanya di ketahui dari seorang kawan. Sewaktu keputusan peperiksaan diumumkan Far juga tidak datang untuk melihat keputusannya walaupun dia telah berjaya. Am semakin merasakan jarak di antara mereka begitu ketara. Walaupun kehilangan Far bagai satu tamparan perit namun dia berusaha mengajar dirinya untuk kenyataan itu. Perlahan-lahan dia menjauhkan memori persahabatan mereka…

3 BULAN BERLALU..


Am meneruskan pengajiannya. Keadaan matanya semakin teruk. Mata kanannya sudah mula mengikut nasib mata kirinya yang telah lama buta. Cermin mata khas yang dipakai olehnya selama ini juga sudah tidak dapat menolong. Dia kerap mendapat sakit kepala yang teruk sehingga selalu tidak dapat menghadiri kelas. Pembelajarannya semakin terganggu. Penglihatannya semakin gelap. Am pasrah. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa sehinggalah suatu hari…

“Am, pak cik dapat panggilan dari Hospital Mata Tun Hussien Onn. Dr. Zainal kata dah ada penderma kornea yang sesuai untuk kau!”, kegembiraan terpapar pada wajah pak ciknya sewaktu menyampaikan berita itu. 3 hari kemudian mereka bertolak ke Kuala Lumpur. Permindahan kornea mata yang dijalankan oleh Dr. Zainal itu berjalan lancar tapi perasaan Am bercampur aduk. Gembira di sulami dengan gementar dan tidak kurang juga rasa ragu-ragu. Mampukah pemindahan kornea mata itu menyelamatkan penglihatannya?

10.09 Malam – 6 Februari

Am terbaring di atas katilnya selepas pembedahan. Kedua-dua belah matanya di tutup dengan kain balutan. Dalam kegelapan itu dengan tidak semena-mena bayangan Far menerpa benaknya. Di manakah dia sekarang? Far pasti gembira jika mengetahui berita ini. Mungkinkah dia akan menerimaku sekiranya aku sembuh? Tiba-tiba hati Am berasa begitu pilu apabila teringat kenyataannya. Far bukan lagi Far yang dikenalinya. Mengapa begitu sekali Far? Am tenggelam dengan seribu satu persoalan yang tiada jawapan.

3 bulan kemudian Am ke KL semula untuk menjalani pemeriksaan lanjutan. “Hmmm… Alhamdulillah Am. Awak dah betul-betul sembuh. Dalam masa 3 bulan lagi awak akan rasa lebih baik dari ini”, ujar Dr. Zainal selepas pemeriksaan mata Am. “Saya sangat-sangat berterima kasih atas pertolongan doktor. Tanpa pertolongan doktor tentu hari ini saya masih meraba-raba lagi”, balas Am. “Sama-sama, memang dah jadi tugas saya untuk membantu pesakit saya sedaya upaya”, balasnya. “Am, saya sebenarnya ada sesuatu yang nak di berikan pada awak. Nah, ambil ni…”, sambung Dr.Zainal sambil menghulurkannya kepada Am. “Awak duduklah sini dulu, saya nak ke luar sekejap”, kata Dr. Zainal lagi lalu meninggalkan Am sendirian dalam biliknya..

Am membuka sampul surat yang tertutup rapat itu dan mengeluarkan isinya.. matanya terpaku pada tulisan di atas kertas itu…

Menemui kasihku Am,

Ya… ini aku Am, Far yang satu ketika dulu bersama-sama menemani dan selalu bersama dengan kau. Sewaktu kau menatap surat ini kornea mataku sudah pun berjaya dipindahkan pada mata kau. Maafkan aku kerana menyuruh Dr. Zainal merahsiakan perkara ini Am. Aku juga telah mengamanahkannya untuk memberikan surat ini hanya sekiranya pemindahan itu berjaya kerana aku tidak mahu menambah pedih pada hati kau jika ia adalah sebaliknya.

Masih ingat lagi hari terakhir kita di tepi tasik? Ketahuilah bahawa aku begitu menghargai perasaanmu itu, sayangnya aku tak mampu untuk menerimanya Am. Jauh di sudut hati kau telah lama mencuri hatiku namun ada sesuatu yang ku sembunyikan darimu selama persahabatan kita.

Kau pun tahu aku selalu tak datang kelas dulu kan? Sebenarnya ketika itu aku telah dua tahun bertarung dengan tumor yang membesar pada otak ku. Kadang-kadang ia terlalu menyeksakan sehingga aku tak mampu bangun.

Maafkan aku kerana menyembunyikannya dari pengetahuan kau. Cukuplah ibu bapaku saja yang menyimpan rahsia ini. Aku tak mahu turut merisaukan orang lain lebih-lebih lagi kau Am kerana ada ketikanya kau sendiri pun tidak begitu kuat mengharungi dugaan penyakitmu…

Kau perlukan seorang yang boleh hidup bersama dan menjaga kau dengan baik bukannya aku yang nyata lemah untuk perkara seperti itu. Perpindahan aku ke Kuala Lumpur sebenarnya adalah untuk menyenangkan aku menjalani rawatan kemoterapi. Aku telah hampir pulih Am, namun 6 bulan yang lepas tumor itu tiba-tiba membesar kembali dengan mendadak. Doktor tidak mampu buat apa-apa. Aku tidak berdaya untuk melawannya lagi…

Aku telah mengambil keputusan untuk mendermakan semua bahagian badanku yang masih boleh digunakan selepas aku pergi dari dunia. Aku sedar aku tidak mungkin dapat mengejar impian ku, lebih-lebih lagi untuk bersamamu Am. Semoga dengan cara ini aku dapat membawa harapan baru kepada kau dan juga mereka yang memerlukannya.

Kasihku Am,

Maafkan aku sekiranya selama ini hatimu terguris dengan tingkah laku ku. Aku hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari kelemahannya. Janganlah kau marahi diri ku ini… sesungguhnya aku terlalu menyintaimu..

Temanmu yang abadi,
Farah Fazida Mohd Ramli

Am cuba sedaya upaya menahan sebak yang terbuku di dada namun air mata yang jatuh menitis pada surat di tangannyan dan tidak dapat menyembunyikan perasaannya. “Far…”, hanya itu yang mampu keluar dari kerongkongnya. Tiada kata-kata yang dapat membayangkan perasaan Am ketika itu.

Buat beberapa ketika Am hanya mampu menangis dan menangis. Matanya yang baru saja sembuh sudah mula bengkak kerana merembeskan air mata yang mengalir tidak henti-henti. Dengan perlahan tangannya menyapu air yang membasahi matanya dan tiba-tiba terukir senyuman pada bibir Am. Satu kesedaran mendatangi dirinya Far masih hidup… hidup dalam hatinya… hidup dalam dirinya…

“Kau abadi bersamaku Far… kaulah cahaya yang memandikan kegelapanku…”
Apai
Apai
Admin
Admin

Posts : 116
Points : 292
Reputation : 0
Join date : 10/07/2011
Age : 32
Location : Kedah Alor Star

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum