Log in
P’daftaran Staff MySelamba
Rebecca Nur Islam Sedih Keguguran
:: HIBURAN / GOSIP :: Dunia Hiburan
Page 1 of 1
Rebecca Nur Islam Sedih Keguguran
KUALA LUMPUR – Pelakon drama televisyen seksi, Rebecca Nur Islam, 25,
tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya apabila kandungannya yang
berusia tiga bulan telah keguguran sebelum dia menyambut bulan Ramadan
baru-baru ini.
Menurut pelakon teater bertemakan keislaman berjudul Sirah Junjungan
ini dia sedih kerana menganggap kandungannya itu sebagai hadiah
pernikahannya dengan duda anak dua, Noor Azam Sulaiman, 43, yang
berlangsung pada 14 Januari lalu.
“Selain itu, pada mulanya saya anggap bayi yang saya kandung itu
sebagai berita gembira buat suami dan keluarga saya menjelangnya
sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Apatah lagi, tahun ini saya
beraya di rumah keluarga suami saya di Kuching, Sarawak.
“Tetapi apakan daya sudah tidak ada rezeki. Saya dan suami pula
memang tidak merancang kerana tidak menyangka tidak sampai lima bulan
berkahwin saya mengandung. Apa pun saya redha dengan ketentuan Allah dan
tidak akan putus asa untuk mengandung lagi,” katanya.
Pemilik nama sebenar Rebecca Nur Al-Islam Ahmad ini berkata, selepas
keguguran itu dia kembali aktif berlakon drama termasuklah berjudul
Janji Ku Pada Al-Walid arahan Rashid Sibir yang telah tamat
penggambarannya baru-baru ini.
Malah, suaminya juga tidak melarangnya untuk terus terbabit dalam
bidang lakonan kerana kesihatannya yang mengizinkan apatah dia kini lagi
tidak mengandung yang sedikit sebanyak boleh membataskan kerjayanya
itu.
:: HIBURAN / GOSIP :: Dunia Hiburan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum