::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Cinta Terhalang: Racun sanggup di minum..

View previous topic View next topic Go down

Cinta Terhalang: Racun sanggup di minum..

Post by DewaKematian on Sat 10 Sep 2011, 4:23 pm

SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang
sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si
lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum
racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.


RUMAH yang menjadi tempat Muhammad Faizal
ditemui mati diruang tamu selepas meminum racun serangga manakala
Zuzziana pula parah di Taman Bunga Sejati, Rantau semalam.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau
dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28,
mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan
dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.

Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam
berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek,
Selangor.

Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh
jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.

Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun
serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang
tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta
dihalang keluarga.

Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di
rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu
pagar sebelum masuk semula.

Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.

“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut
apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal.
Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.

“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik
Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu
pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini
semalam.

_____________________________________________________


What were you thinking
What a wonderful world !!!
You're full of sh*t

Leave it behind
They don't care if you cry
All is left is pain
....

DewaKematian
Super Moderator
Super Moderator

Posts : 102
Points : 277
Reputation : 0
Join date : 07/09/2011
Age : 31
Location : Damansara Damai

View user profile http://www.facebook.com/PaKcIkEnTaNg

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum