Log in
P’daftaran Staff MySelamba
‘Anak Ikan’ Ceritakan Naluri Seorang Gay
Page 1 of 1
‘Anak Ikan’ Ceritakan Naluri Seorang Gay
KUALA LUMPUR – Penerbti filem konstroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 50, akan membawa rakyat Malaysia menyusuri kehidupan seorang gay melalui filem terbarunya,‘Anak Ikan’, sebuah skrip cerita yang diadaptasi dari cerpen oleh penulis, Ajami Hashim. Walaupun agak berbeza dengan filem kontroversi ‘….Dalam Botol’, filem Anak Ikan ini dijangka meraih publisiti yang sama sepertinya yang mana ia lebih menonjolkan tentang naluri, isi hati dan perasaan seorang gay.
“Kalau nak ikutkan, istilah ‘anak ikan’ itu membawa maksud lelaki muda yang menjalinkan hubungan cinta dan seks dengan lelaki yang lebih tua dari mereka.
“Tetapi kisah anak ikan dalam filem saya ini berbeza sama sekali yang mana ia tetap mengisahkan seorang lelaki gay. Tetapi, seorang lelaki yang memendamkan perasan dan hatinyanya sahaja tanpa diketahui oleh rakan baiknya sendiri yang kebetulan memang seorang lelaki yang ‘straight’.
“Lelaki gay ini ada hati terhadap rakan baiknya itu tetapi memendamnya. Dalam masa yang sama lelaki gay ini ada membela seekor anak ikan (betul-betul ikan). Namun, apabila meninggal dunia, tinggallah anak ikan belaannya itu bersama rakan baiknya itu tadi,” kata Ajami yang dipetik dari laman web murai.com.my hari ini.
Bagaimanapun, menurut beliau, tiada adegan panas di dalam filem tersebut demi menghormati sensitiviti orang Melayu dan kredibilitinya sebagai seorang penulis skrip yang beretika.
“Saya boleh kata skrip saya bersih. Tiada perubahan seksual yang dilakukan oleh lelaki gay seperti yang berlaku di … Dalam Botol. Ini kerana ia lebih tertumpu kepada mendalami hati dan perasaan seorang lelaki gay,” tambahnya kepada laman web yang sama. Ajami turut menerangkan bahawa beliau ada menyelitkan sedikit fantasi di dalam menghayati dan memberi kelainan kepada merungkaikan persoalan mengenai misteri yang menyelubungi lelaki yang bergelar homoseksual. - mynewshub.my
Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Apai- Admin
- Posts : 116
Points : 292
Reputation : 0
Join date : 10/07/2011
Age : 32
Location : Kedah Alor Star
Similar topics
» Tutorial: cara² seorang hacker nk hack awek!! 100% berkesan ~
» cikgu dan anak murid
» Anak satukan kami
» Ayah Saksi Anak Dirogol
» Siapa Yang Rasa Dirinya Bergelar Anak Silalah Baca Thread Nie..
» cikgu dan anak murid
» Anak satukan kami
» Ayah Saksi Anak Dirogol
» Siapa Yang Rasa Dirinya Bergelar Anak Silalah Baca Thread Nie..
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum