::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Ayah Saksi Anak Dirogol

Go down

Ayah Saksi Anak Dirogol Empty Ayah Saksi Anak Dirogol

Post by Azumamaro Funabashi Sat 21 Jan 2012, 12:39 pm

PORT DICKSON – Seorang ayah bersama dua anaknya lelakinya melalui
pe­ngalaman sedih apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol di
sebuah rumah kosong di taman perumahan di sini, dalam satu kejadian
kira-kira jam 10 malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, kejadian itu
bermula apabila mangsa yang berumur 21 tahun bersama sepupu perempuannya
berusia 18 tahun dipelawa dua lelaki untuk minum bersama sekitar jam
8.30 malam.

Menurutnya, mangsa bersama sepupunya bersetuju dan lelaki terbabit yang
dipercayai kenalan mangsa membawa mereka berdua ke sebuah rumah kosong
di sebuah taman perumahan.

“Mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman memabukkan sehingga
mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di
pejabatnya, semalam.

Baljeet berkata, walau bagaimanapun, sepupu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan dengan pergi ke rumah mangsa.

“Ayah, abang dan adik mangsa tiba di lokasi kejadian ketika jenayah (rogol) tersebut berlaku.

“Suspek berjaya ditahan sementara seorang lagi melarikan diri. Suspek
direman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan polis masih
memburu seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes di siasat di bawah
Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.

Dalam pada itu, Baljeet turut menegaskan orang ramai terutamanya
perempuan untuk tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan ajakan
lelaki sama ada kenalan atau tidak lebih-lebih lagi apabila diajak ke
kawasan terpencil.
Dalam perkembangan lain, Baljeet dalam Operasi Cegah Jenayah
mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terutamanya ketika
musim perayaan ini.

“Jika membawa wang dalam kuantiti yang banyak elakkan berjalan
berseora­ngan dan segera membuat laporan polis jika sedar diekori oleh
orang tidak dikenali atau mencurigakan.

“Pengurusan bank juga perlu memainkan peranan mereka untuk menasihatkan
pelanggan mereka agar melakukan langkah berjaga-jaga dan tidak cuai
sehingga boleh mengundang jenayah,” katanya semalam ketika melakukan
operasi tinjauan ke beberapa buah bank di Bandar Port Dickson.

Katanya, orang ramai terutamanya warga emas yang melakukan urusan bank
menunaikan cek Bantuan Rakyat 1 Malaysia juga perlu ditemani oleh anak
atau kenalan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Azumamaro Funabashi
Azumamaro Funabashi
Admin
Admin

Posts : 266
Points : 496
Reputation : 0
Join date : 01/07/2011
Age : 33
Location : Family of Darkness

http://www.myselamba.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum