::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Saiful syukur AG rayu kes Anwar bebas

View previous topic View next topic Go down

Saiful syukur AG rayu kes Anwar bebas

Post by Azumamaro Funabashi on Sat 21 Jan 2012, 12:46 pm

SHAH ALAM - Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata dia bersyukur dan
menerima baik keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan
pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana
laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses
keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut
undang-undang adalah terlaksana," katanya dalam kenyataan segera
diposkan pada blognya petang ini.

Kenyataan itu muncul di blog itu kira-kira jam 5.54 petang ini.

Saiful berkata, dia dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi
sokongan agar haknya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan
ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar," katanya lagi.

Sementara itu, bapanya, Azlan Mohd Lazim, 58 juga berterima kasih
kepada Abdul Gani kerana memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan.

“Saya bersyukur kerana beliau memfailkan kes anak saya pada hari ini (semalam),” katanya.

Semalam, Saiful menghantar surat kepada Abdul Gani untuk memfailkan
notis rayuan ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, pada 9 Januari lalu.

Melalui blognya yang ditulis semalam, Saiful terpaksa menghantar surat
rasmi tersebut kerana sehingga blog itu ditulis tiada maklum balas
terhadap permohonan beliau dan bapanya, Azlan sama ada pihak Peguam
Negara akan memfailkan rayuan atau tidak.

“Masa semakin suntuk. Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya.

“Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.

“Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara,” katanya.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan
membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah
kondominium di ibu negara pada 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian selepas
mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Saiful selain
tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid
deoksiribonuleik (DNA).

Menurutnya, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus
peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak terjejas.

_____________________________________________________






Azumamaro Funabashi
Admin
Admin

Posts : 266
Points : 496
Reputation : 0
Join date : 01/07/2011
Age : 25
Location : Family of Darkness

View user profile http://www.myselamba.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum