::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


FADHILAT PUASA SUNAT ASYURA’

View previous topic View next topic Go down

FADHILAT PUASA SUNAT ASYURA’

Post by Azumamaro Funabashi on Thu 01 Dec 2011, 12:55 pm



Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari
ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan
bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa
peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah
nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh
mereka.

Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu
pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang
merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan
yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid
bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya
mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa
kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada
10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua
disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin
merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar
kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut.
Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam
ruangan khas pada keluaran akan datang.

Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di
Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari
kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?.
Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari
inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka
nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku
lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada
hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah
dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa
nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura
(kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa
Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh
imam Tarmizi)

Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah
mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji
di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku
telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini
adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa.
Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah
dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam
Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa
pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada
hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi
yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari
tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya
diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa
pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu
berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar
dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni
segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan
segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di
akhirat nanti.

Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA

Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Bibiografi


  1. Al-Minhaj Syarah Sohih Muslim oleh imam Nawawi, semakan Syeikh Khalil Ma’mun Syiha, Darul Makrifah, Beirut.
  2. Tuhfah al-Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tarmizi, Mubarakfuri, Darul Kutub Ilmiah, Beirut.
  3. Sunan Abu Daud
  4. Al-Lafzu al-Mukram bi Fadhaili ‘Asyura al-Muharram, Ibnu Nasaruddin ad-Dimasyqi, Rimadi lin-Nasyr

_____________________________________________________






Azumamaro Funabashi
Admin
Admin

Posts : 266
Points : 496
Reputation : 0
Join date : 01/07/2011
Age : 25
Location : Family of Darkness

View user profile http://www.myselamba.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum