::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Jalan kaki cegah ‘pembunuh senyap’

View previous topic View next topic Go down

Jalan kaki cegah ‘pembunuh senyap’

Post by zairul afiza hamzah on Sun 16 Oct 2011, 8:39 pm

BENTONG:
Orang ramai perlu menjadikan senaman berjalan kaki sebahagian gaya hidup sihat
yang bukan saja dapat memantapkan kesihatan, tetapi mampu mencegah penyakit
tidak berjangkit (NCD) yang juga pembunuh senyap.



Malah, kata Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Liow Tiong Lai, amalan berjalan kaki sejauh enam kilometer sehari mampu
mengurangkan masalah kesihatan seperti obesiti dan tekanan.



Katanya,
statistik pada 2006 menunjukkan sebanyak 14. 2 peratus masyarakat negara ini
adalah obes dan 29.1 peratus berusia 18 ke atas mengalami masalah berat badan
yang menjadi punca NCD akibat amalan gaya hidup tidak sihat.

“Masalah NCD ini seperti kencing manis, kanser, penyakit pernafasan kronik dan
darah tinggi semakin meningkat setiap tahun dan ini membimbangkan kerajaan.

“Malah, kanak-kanak seawal usia 11 tahun turut mengalami obesiti. Ini adalah
perkembangan yang tidak baik untuk masyarakat negara ini dan sebab itu kita
mahu menjadikan setiap individu menjadikan senaman berjalan kaki ini sebagai
satu budaya,” katanya berucap merasmikan Karnival 10,000 Langkah Sehari ‘MY
Sihat’ di Dataran Bentong, di sini, semalam.

Seramai 5,000 peserta pelbagai peringkat umur menyertai karnival anjuran
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MY Sihat) disokong Berita Harian dan
Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan
Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Hoh Khai Mun; Pengerusi Lembaga Promosi
Kesihatan Malaysia (MY Sihat), Datuk Seri Aishah Ong; Ketua Pegawai Eksekutif
MY Sihat, Dr Yahya Baba; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali
dan Pengarang Eksekutif (Rencana) Berita Harian, Zainor Said.

Karnival itu pertama kali diadakan di Putrajaya Julai lalu. Selepas Bentong, ia
akan diperluas ke Kuala Terengganu, Terengganu; Melaka; Muar, Johor; Seremban,
Negeri Sembilan; Arau, Perlis; Sungai Petani, Kedah; Teluk Intan, Perak;
Kuching, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah; Kota Bharu, Kelantan; Petaling Jaya,
Selangor dan Kuala Lumpur.

Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Black Mentor,
Mila, Awi Rafael dan Farawahida.
Aktiviti lain termasuk senamrobik, pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma,
pertandingan mewarna dan sukaneka.

Selain itu, Tiong Lai turut mengumumkan kejayaan Malaysia yang sekali lagi
dipilih menganggotai Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Rantau Asia Pasifik bagi tempoh tiga tahun mulai 2012.

Kali terakhir Malaysia menjadi Lembaga Eksekutif WHO adalah 26 tahun lalu iaitu
pada 1983 hingga 1985.

“Pemilihan pada sesi ke-62 Jawatankuasa Serantau Pasifik Barat WHO di di Manila,
Filipina pada 10 hingga 14 Oktober lalu. Lembaga Eksekutif itu merangkumi 34
anggota bidang kesihatan dan hanya lima tempat diperuntukkan bagi wakil rantau
Pasifik Barat.

“Selain Malaysia, Australia turut dipilih sebagai Lembaga Eksekutif WHO untuk WHO
Rantau Pasifik Barat,” katanya.- Berita Harian

zairul afiza hamzah
Moderator
Moderator

Posts : 13
Points : 39
Reputation : 0
Join date : 09/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum