::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG

Go down

Pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG Empty Pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG

Post by zairul afiza hamzah Sun 16 Oct 2011, 8:35 pm

TUMPAT: Ibu bapa pelajar sekolah yang kurang berkemampuan perlu diberi
pengecualian membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi
mengelakkan mereka dibebankan bayaran untuk anak masing-masing.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan
menetapkan sejumlah bayaran oleh PIBG kepada ibu bapa pelajar sekolah
perlulah dilakukan secara muafakat dan mengikut keutamaan.









“Bukan mudah untuk menetapkannya (bayaran PIBG di sekolah) kerana
ada ibu bapa di Kuala Lumpur dan Damansara Utama sanggup membayar lebih,
jadi susah nak hadkan.











“Bagi saya, biarlah PIBG buat keputusan secara muafakat dengan
ahlinya untuk menentukan sesuatu yuran tambahan, saya sudah sebut banyak
kali supaya tumpukan kepada yang utama, jika ibu bapa tak mampu
sepatutnya dikecualikan,” katanya selepas Majlis Perasmian Smart Remaja
di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan 2 di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang.

Sebelum ini, akhbar melaporkan PIBG diminta berunding dengan ibu
bapa mengenai yuran yang mahu dikenakan kepada pelajar bagi mengelak
timbul kekeliruan berikutan pemansuhan yuran sekolah seperti diumumkan
dalam Bajet 2012.

Berikutan itu, Kementerian Pelajaran
mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah supaya setiap keputusan
yang mahu dijalankan PIBG mesti mendapat persetujuan ibu bapa dan guru
besar atau pengetua bagi mengelak berlaku sebarang masalah.




Mengulas mengenai peruntukan tambahan RM1 bilion melalui Tabung
Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dalam Bajet
2012, Dr Mohd Puad berkata, pihaknya menjangkakan masalah membabitkan
bangunan 2,209 sekolah di seluruh negara yang rosak teruk dapat
diselesaikan tahun depan.

“Apabila dapat peruntukan tambahan
menerusi tabung yang diumum Perdana Menteri, kita yakin boleh selesaikan
tahun depan. Kebanyakan sekolah yang mengalami masalah berkenaan ialah
di Sabah dan Sarawak, oleh itu, kita berharap dapat selesaikan secepat
mungkin,” katanya.- Berita Harian

zairul afiza hamzah
Moderator
Moderator

Posts : 13
Points : 39
Reputation : 0
Join date : 09/09/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum