::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


MyKad baru Januari depan

Go down

MyKad baru Januari depan Empty MyKad baru Januari depan

Post by zairul afiza hamzah Sun 16 Oct 2011, 2:51 pm

KLUANG- Kementerian Dalam Negeri (KDN), menerusi Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) bakal mengeluarkan MyKad struktur baru kepada
orang ramai bermula Januari tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata,
dengan pengenalan MyKad baru itu, ia adalah inisiatif dan tambah nilai
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KDN dalam agenda meningkatkan fungsi dan
ciri keselamatan dokumen berkaitan pengenalan diri dan imigresen.
“Kelebihan MyKad ini dari segi fizikalnya adalah diperbuat
daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan, teknologi tulisan laser
pada permukaan kad serta cip baru yang diuji kualiti ketahanan di Sirim.


“Saya percaya dengan pengeluaran MyKad tersebut, ia dapat
menyelesaikan masalah berkaitan kualiti dan ketahanan terutama kualiti
cip," katanya.


Dengan MyKad itu juga katanya, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian yang menggunakan MyKad.


Beliau berkata, ciri-ciri baru di kad tersebut dapat mengekang
pemalsuan Mykad, malah ia lebih berkualiti dan menepati ciri
keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran.


“Pengeluarannya MyKad ini hanya diwajibkan ke atas pemilik yang
pertama kali mendaftar di JPN, manakala bagi pemegang MyKad sedia ada
diberi kelonggaran untuk berbuat demikian,” katanya sempena Majlis
Pelancaran Pengeluaran MyKad 1 hari dan dan Pengeluaran MyKad dengan
Struktur Baru di JPN cawangan Kluang, semalam.


Dalam pada itu, Hishamuddin turut melancarkan pengeluaran MyKad
dalam masa satu hari bagi cawangan Kluang yang mana ia adalah susulan
dan perluasan kepada program perintis Pengeluaran Gantian MyKad Satu
Hari yang telah dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Melaka dan Kuching,
Sarawak.

zairul afiza hamzah
Moderator
Moderator

Posts : 13
Points : 39
Reputation : 0
Join date : 09/09/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum