::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Rakyat diseru patuhi etika ketika melayari internet

View previous topic View next topic Go down

Rakyat diseru patuhi etika ketika melayari internet

Post by zairul afiza hamzah on Sat 15 Oct 2011, 6:30 pm

KOTA KINABALU: Rakyat di negara ini diseru untuk mematuhi etika
ketika melayari internet dan tidak melakukan kesalahan jenayah siber.










Sehubungan itu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,
Datuk Maglin Dennis D'Cruz mahu ibu bapa memantau penggunaan internet
oleh anak-anak mereka menerusi telefon bimbit dan komputer peribadi.












"Kita mahu elak perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika
berucap pada majlis pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Promosi Jalur
Lebar dan pelancaran buku 'Cermin Kehidupan' tulisan Datuk Raya Erom
yang juga pengerusi Yayasan Kebajikan Suria di Suria Sabah Mall di sini,
hari ini.


Maglin berkata, kerajaan merancang pelbagai program untuk memastikan
setiap rakyat faham tentang pentingnya kemudahan jalur lebar yang boleh
memperbaiki taraf hidup rakyat khususnya di Sabah.


Beliau berkata, kemudahan jalur lebar membolehkan rakyat menjelajah
ke dunia tanpa sempadan atau alam siber bagi mencari maklumat,
pendidikan, perniagaan, hiburan, perubatan dan transaksi perbankan
dengan begitu mudah dan pantas.


Mengenai kempen budi bahasa, Maglin berkata nilai-nilai budi bahasa
di kalangan masyarakat kini semakin terhakis ekoran kepesatan
pembangunan dan kemajuan teknologi yang dinikmati sekarang.





"Masyarakat dilihat semakin mementingkan diri sendiri sehingga
terlupa kepada nilai-nilai budi bahasa yang menjadi sanjungan dan amalan
kita selama ini," katanya.


Maglin berkata, kementerian amat menggalakkan penulisan buku di
kalangan rakyat yang menurutnya dapat menambah lagi pengetahuan dan
kesedaran kepada orang ramai selain dapat memenuhi kehendak masyarakat.

zairul afiza hamzah
Moderator
Moderator

Posts : 13
Points : 39
Reputation : 0
Join date : 09/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum