::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Briged Sukarela PLKN diwujudkan tiga bulan lagi

View previous topic View next topic Go down

Briged Sukarela PLKN diwujudkan tiga bulan lagi

Post by zairul afiza hamzah on Sat 15 Oct 2011, 6:21 pm






KUALA LUMPUR 15 Okt. — Briged Sukarela Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) akan ditubuhkan dalam tempoh tiga bulan lagi khusus untuk bekas
pelatih program itu.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abd. Hadi
Awang Kechil berkata, penyertaan dalam briged itu dijangka mencecah
600,000 orang berdasarkan jumlah pelatih program itu sehingga ini.

"Semua bekas pelatih secara automatik adalah anggota briged...namun
mereka dibolehkan menolak daripada menyertainya,” katanya kepada
pemberita selepas melawat pameran ‘Kami Anak 1Malaysia’ di Stadium Hoki
Bukit Jalil dekat sini.

Abd. Hadi berkata, bekas pelatih yang berminat untuk menyertai briged
itu hanya perlu menghubungi kem PLKN berhampiran tempat tinggal, tempat
kerja atau tempat pengajian mereka.

Mereka juga boleh membuat permohonan dengan melayari laman web rasmi JLKN www.khidmatnegara.gov.my.

"Bekas pelatih boleh ikut (latihan) di mana-mana kem...setiap pelatih
yang akan tamat latihan kita akan bagi mereka borang penyertaan,”
katanya.

zairul afiza hamzah
Moderator
Moderator

Posts : 13
Points : 39
Reputation : 0
Join date : 09/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum