::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


Kelantan gagal tarik pelabur

Go down

Kelantan gagal tarik pelabur Empty Kelantan gagal tarik pelabur

Post by zairul afiza hamzah Sat 15 Oct 2011, 7:19 am







KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja gagal untuk
menarik sebarang pelaburan baru dalam tempoh 10 tahun ini malah keadaan
menjadi lebih buruk apabila ada di antara pelabur sedia ada berpindah ke
negeri lain.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, itu
adalah hakikat sebenar yang berlaku di negeri ini disebabkan kerajaan
yang memerintah tidak dapat mewujudkan suasana yang ‘mesra’ pelabur.

Beliau berkata, negeri ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding negeri-negeri lain tetapi ia tidak pernah digunakan.

“Saya tidak marah kepada kerajaan negeri, saya bercakap untuk
membaiki kelemahan, banyak turun padang dan jumpa pelabur dari dalam dan
luar negara. Mereka pernah bersungut macam-macam masalah dengan saya.
Apabila keadaan ‘tidak menentu’ lebih baik mereka pergi ke negeri lain.

“Sejak 10 tahun lalu tiada pelaburan di negeri ini, saya pernah sebut
(mengenai masalah pelaburan) ini tetapi nampaknya saya seperti budak di
tepi jalan yang tidak diendahkan kerana saya bukan orang besar yang
kata-katanya perlu diambil berat,” katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai entri
terbaru dalam laman blog Kickdefella bahawa Pang Chaw tidak akan
meninggalkan Pas dan beliau kecewa dengan kegagalan Kerajaan Pas
Kelantan melakukan transformasi.

Dalam entri tersebut, penulisnya, Syed Azidi Syed Abdula Aziz
berkata: “Tiada siapa dapat menafikan peranan Pang Chaw dalam membawa
masuk pelabur dari luar Kelantan dan dari kalangan usahawan Tionghua
untuk membantu membangunkan Kelantan.

“Namun kerenah birokrasi dan enakmen-enakmen tertentu yang lapuk dan
rigid membuatkan ramai pelabur tidak selesa atau berhadapan dengan
masalah di pertengahan jalan.”

Pang Chaw berkata, pelabur hari ini boleh pergi ke mana-mana tempat
di seluruh dunia yang menyediakan tawaran yang lebih baik kepada mereka.


“Pelabur ada duit, mereka boleh pergi satu dunia, apa kelebihan kita
untuk menarik mereka datang. Contohnya Kelantan kalau tidak tunjukkan
kelebihan dan keistimewaan pelabur tidak akan masuk.

zairul afiza hamzah
Moderator
Moderator

Posts : 13
Points : 39
Reputation : 0
Join date : 09/09/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum