::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²

Join the forum, it's quick and easy

::Selamat Datang Ke MySelamba::
Sila Daftar/Log in Untuk Akses Ke Section Download & Lain²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

P’daftaran Staff MySelamba
Nama:
Email Address:
Memohon Jawatan:
Masa Online Dlm Sehari (Dalam Jam):
No HP:
Sebab Memohon:


SPR senarai 40,000 pemilih meragukan

Go down

SPR senarai 40,000 pemilih meragukan Empty SPR senarai 40,000 pemilih meragukan

Post by zairul afiza hamzah Fri 14 Oct 2011, 9:01 pm

SPR senarai 40,000 pemilih meragukan Tan%20Sri%20Abdul%20Aziz%20Mohd%20Yusof%20%282%29

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamer senarai
40,000 nama pemilih tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata,
nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi
membolehkan individu berkenaan me-ngunjungi pejabat SPR.

“Ada maklumat tidak dapat dipastikan seperti terdapat
kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran
Negara berlainan dan sebagainya.

“Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi
itu sama ada hidup ataupun mati,” katanya selepas merasmikan Taklimat
Perse-diaan Menghadapi Pilihan Raya ke-13 (PRU13) kepada Pegawai
Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus SPR di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdul Aziz menyifatkan jumlah 40,000
pemilih yang tidak pasti tersebut sebagai satu bilangan yang kecil dan
pihaknya dalam proses memperbaiki.

“Dalam proses memperbaiki, kita pecahkan mengikut
negeri, Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita akan pamerkan supaya orang
ramai dapat lihat dan beritahu SPR jika ada maklumat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, taklimat dianjurkan itu adalah sebagai persediaan dalam menghadapi PRU13.

“Ini adalah proses taklimat biasa, bukanlah signal bahawa PRU13 akan dilakukan dalam masa terdekat.

“SPR perlu bersedia lebih awal agar perjalanan
pilihanraya licin dan kita tidak mahu terperangkap dengan pengumuman
tidak rasmi oleh pihak tertentu,” katanya.

Abdul Aziz berkata, SPR memerlukan 160, 000 petugas pada PRU nanti.

zairul afiza hamzah
Moderator
Moderator

Posts : 13
Points : 39
Reputation : 0
Join date : 09/09/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum